MAKAN NASI BERIANI PAK AKOB

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 




MALAM tadi, makan malam, Nasi Beriani Pak Akob yang dibelanja oleh kawan pejabat Sk, kelmarin. Ya, kelmarin dia bagi, tapi Sk bawa balik sebab masa tu Sk dah tapau nasi lauk ayam butter dari kantin Kak Sab. Malam tu pulak, tak makan malam dengan PI, kan. Nak makan sorang mesti tak habis nanti, jadi tunggulah malam tadi baru panaskan, makan sama-sama.


Nasi tu Sk panaskan dalam rice cooker. Sebungkus tu penuh padat dalam bekas bila bahagi dua boleh dapat sorang sepinggan macam ni.


Kambing Beriani tu pun ada dua ketul dalam plastik tu. Ni macam biasalah, Sk panaskan dalam pengukus sambil panaskan nasi tu. Letak dalam mangkuk besi tapi.


Pencuk.


Rebus telur dua biji. Telur-telur yang PI beli kat mana tah ni, semua bila direbus dan nak dikopek, kulitnya melekat dengan isi. Yang dalam bekas bulat kecik tu dalca.


Terima kasih untuk kawan yang belanja ni. Semoga Allah swt makbulkan niat beliau, diberi rezeki wang yang banyak lagi halal serta kesihatan yang baik untuk beliau sekeluarga. Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aamiinn...
    Alhamdulillah...Senang kerja tak payah masak dah esoknya tu. Panaskan je dah dapat makan makanan sedap. Besar portion dia makan berdua pun.

    ReplyDelete
  2. Berkat pemberiannya, satu bekas tapi boleh dimakan lebih dari seorang alhamdulillah.
    Stress betul kalau telur rebus kulit melekat² gini kan

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap juga nasi beriani ni. Telur tu kekadang memang ada jenis melekat pada kulit kalau rebus. Tu yang Cie lebih suka kukus je telur tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!