MASAK IKAN KERAPU STIM HONG KONG & DAGING MASAK HALIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


CUTI 3 hari ini nampaknya benar-benar duduk rumah. Dah lama la tak rasa duduk rumah lama-lama macam ni. Selalunya, pantang ada cuti panjang sikit, kami akan jjcm ke luar JB, tapi kali ni memang tak ke mana. Keluar pergi makan atau tapau makanan jer. Jalan-jalan ke mall pun tak. PI ajak jugak la balik kampung angkat dia (Melaka ler), tapi Sk tak nak. Kali ni PI kena akur la sebab Sk bagi alasan yang munasabah, hehehe.


Dah seminggu PI beli ikan kerapu ni kat pasar tani. Besar sangat ikannya, Sk kerat bahagian kepala dari bahu ikan (ikan ada bahu ke?), ambil bahagian ekor jer untuk masak. Kepala tu tengoklah nanti masak kari ke, bila-bila.


PI memang suka beli pes-pes macam ni. Daripada expired, baiklah kita guna dia.


Cara memasak dinyatakan. Boleh jugak diolah masakan lain bukan semestinya untuk dimasak dengan ikan.

Ikan tu kukus berasingan dengan sos. Sos kena panaskan di tempat lain, bila ikan dah masak, buang air ikan dalam pinggan. Sementara mengukus ikan, kita goreng halia bersama sedikit minyak sehingga halia garing, kemudian curahkan atas ikan yang telah siap dikukus, barulah tuang sos stim Hong Kong tu. Sk tambah air sikit masa didihkan sos stim Hong Kong.


PI masak Daging Goreng Halia. Daging tu dia baru jer beli pagi tu kat pasar tani jugak. Sk tak ada resipinya, Sk perati jer PI masak sambil dok ulang-ulang video masakan Daging Masak Halia ni, heheh. Antara bahan-bahan yang dimasukkan ofkoslah halia, bawang besar merah dan bawang hijau (daun bawang). Selain tu letak jugak sos tiram. Daging tu digaul dan salut dulu dengan tepung jagung, kemudian digoreng dalam minyak panas sebelum dimasak dengan bahan-bahan tadi. 


Sayur baby kailan pun letak daging jugak. Sayur tu, Sk la yang masak. Penat masak macam ni sebab lepas masak kena terus makan panas-panas macam kat restoran. Kalau lambat makan dah sejuk dan tak sedap. Lain kalau masak gulai, boleh masak awal dan rehat dulu makan kemudian, tak terasa penatnya.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. btul tu menu stim ni kena makan panas2

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa...SK pandai masak macam ni x yah dah makan kat luar...

    ReplyDelete
  3. Suami isteri rajin memasak, macam-macam menu terhidang. Dah macam kat kedai makan pulak.

    Betul, lauk gini tak sedap makan kalau dah sejuk.

    ReplyDelete
  4. masak chinese style mmg lah kan...nak perangat pun mcm dah tak best. tp ntah ammi pun suka makanan chinese style sebab macam tak berat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!