PES CILI KERING SIAP BAWANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...


DISEBABKAN stok cili kisar cepat nau nau habis sekarang, maka tak boleh nampak cili kering yang cantik-cantik di kedai, mesti terus masuk bakul atau troli. Cili kering pilihan Sk, selalunya yang nampak tebal, bulat, keriting dan berkilat. Cili ni Sk akan gunting menyerong panjang supaya cepat siap dan biji cili mudah keluar. Lepas tu barulah Sk masuk dalam tapis untuk dicuci sambil diramas perlahan. Didihkan air dalam periuk dan masukkan cili, direbus hingga lembut. 

Sementara tunggu cili lembut, bolehlah kopek bawang. Biasanya Sk guna bawang besar terus, maklumlah.. M nya pun besar macam bawang juga.


Hari tu, Sk beli sebungkus cili kering seberat 250 gm dan hanya gunakan separuh sahaja. Untuk sukatannya, boleh rujuk pada gambar. Kalau guna bawang kecil lebih kurang 20 biji juga, malas Sk nak layan 😜


Dulu, Sk suka masukkan minyak ketika mengisar, tapi sekarang Sk cuma masukkan air sejuk dari peti sejuk. Tekstur cili lebih mulus gitu dan lepas kisar boleh simpan terus dalam peti sejuk di bahagian chiller.
Kalau nak masak sambal tumis ke.. asam pedas ke.. nak goreng mee atau nasi, terus cedok. Tak perlu lagi nak letak bawang sebab dah siap semuanya. Kalau resepi tu perlu guna halia, lengkuas atau serai, Sk akan tambah kemudian. 

Halia, lengkuas dan serai pun semua Sk frozen, nak masak, rendam sekejap dalam air. 

Hidup biar senang gituh
😂




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kat rumah memanga Pak Zain rajin blender cili kering...sebotol besar dia buat stok...cuma bawang dan bawang putih kami x suka blend...suka tumbuk...

    ReplyDelete
  2. Kat rumah ni bukan setakat cili kisar asyik habis, segala-galanya laju je habis :D
    Dah semua kat rumah, makan 3-4x sehari, acaner?
    Lepas ni nak try kisar dgn air sejuk juga sbb kita selalu blend dgn minyak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. PC pun baru tambah stok cili kisar. Siapkan ikut keperluan nak masak, yang berempah yang cuma dengan bawang je. letak label siap-siap. nak masak tinggal angkot je. Tak stress.

    ReplyDelete
  4. gas pon cpt habis sejak lockdown ni..
    ari2 pon masak makan je.. haha

    ReplyDelete
  5. CCL pun selalu buat stok seminggu utk pes cili kering dan bawang2 . Memudhkan lgi nak memasak dan jimat masa

    ReplyDelete
  6. Nampaknya sejak PKP semua stok makanan kat rumah lebih cepat susut kan..termasuk la stok cili kisar pasnyalah..Bayangkan kalau kena giling macam dedulu🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!