SARAPAN DI JOHOR, MAKAN PETANG DI MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


AWAL pagi tadi, Sk terjaga.. rasa macam dah lama no tido. Tengok jam, baru pukul 2 lebih. Tak rasa macam nak tidur semula, masuk dapur ambil suku buah tembikai dalam esbox yang PI potong 4. Sk potong kecik-kecik dan makan. Tak lama dengar PI buka pintu bilik, dia pun join makan sekali tembikai pukul 2.30 pagi, hihi. Lepas tu, Sk mendobi pulak. Tu takpe, sambung melipat cadar, selimut dan sarung kusyen yang tak sempat dilipat lepas dicuci minggu lepas kerana berjalan ke Temerloh.


Walaupun bangun awal, tak rajin nak buat sarapan. Kami ke Ashoka Curry House. PI macam biasa jika ke sini, makan apom. Hari ni apom tergaring sikit tepinya, tapi sedaplah, rangup-rangup. Apom satu set ada dua keping. Orang makan apom dengan susu dan gula merah tapi PI makan cicah kari.


Sk makan puri. Puri pun begitu, satu set dua keping disertakan bersama kentang masala. Kedekut betul yang letaknya pun. Secoet macam tu manalah cukup, hahaha. Mujur dia letak terus kuah kari sebaldi atas meja. Bolehlah kita cicah puri dengan kari sepuas hati 


Hampir nak habis apom dalam pinggan, PI tambah pesan roti canai pulak. Lepas tu, dia semak jadual bertugas perlawanan liga melibatkan Pasukan JDT2 menentang Perak malam ini di Stadium Pasir Gudang, namanya tiada dalam senarai. PI kata, tak jadi pergi bola, jom pergi Melaka?


Padahal, kain baju dalam mesin basuh belum dikeringkan lagi, boleh pulak bagi persetujuan. Tapi, ada syaratnya.. tu nanti Sk blog lain. Sampai Melaka pun dah petang, makan kat sini aje la yang senang. Mana lagi kalau bukan Asam Pedas Hajjah Mona, sebab PI nak makan AP Tetel.


Asam Pedas Tetel untuk PI dan Sk pilih AP Ikan Kembung.


Set Asam Pedas datang bersama sepinggan nasi, sayur taugeh, sambal belacan dan telur masin.


PI tambah ayam goreng. Ayam goreng dia dah sejuk tapi masih sedap lagi.


Tetel empuk dikunyah.


Asam Pedas Ikan Kembung letak daun kunyit. Berbeza la rasa asam pedas Melaka dengan Johor. Melaka ada rasa berempah.


Masa ni memang dah betul-betul lapar, hehehe.


Lupa nak tambah pesan telur dadar.


Air Mata Kucing jangan dilupa. Sejuk dan menyegarkan. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kenyang tengok entry ni, macam makanan ada hehe...
    Tergoda tengok ayaq mata kucin tu aih

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!