SARAPAN DI WARUNG JUMAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN 

TERSAYAT hati membaca berita kemalangan yang melibatkan sebuah lori muatan barangan lusuh dengan beberapa kenderaan ringan di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam. Seorang bayi berusia setahun empat bulan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa kini sedang dirawat di hospital. Lori tersebut dikatakan mengalami kegagalan brake, alasan standard kebanyakan pemandu lori bila berlaku kemalangan. Tu takpe, dia boleh pulak terjun dari lori dan membiarkan lori bergerak sendiri menghentam kenderaan lain di hadapan. Paling pelik, lorinya berada di lorong paling kanan untuk kenderaan ringan sedangkan lorong lori di sebelah kiri. Semoga pemandu lori tersebut mendapat hukuman yang setimpal atas kecuaiannya.



Pagi ini sekali lagi kami bersarapan di Pontian. Masa nak ke Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee semalam, la.. ternampak warung ni. Terus pagi tadi, PI ajak pergi sini pulak sarapan. Kita ikut ajelaah, dia yang memandu, kan.


Nampak ada kaunter roti canai tapi dah tak ada orang menebar. Abang yang datang lap meja kami cakap, baru beberapa saat habis, sebelum kami sampai, hehehe.


Nasi Lemak Telur (RM4) untuk PI. Mujurlah sikmak lom habis, kan. Nasi lemak datang bersama sup yang ada rasa kambing. Sup tu sedap, nasi lemak pun sedap tapi sambalnya macam rasa hangit sikit. Mungkin terlupa nak kacau sekejap-sekejap masa masak tu. 

Tu takpe, masa nak makan tu PI cakap, "kenapa telur dia macam.. macam apa tu.. ?"

Sk tanya, macam apa?

"Alaaa.. macam telur yang Angah masak tu.."

"Oh, telur pindang ke?" Sk kerling ke telur rebus dalam pinggan nasi lemak PI. Nampak macam gelap-gelap sikit warna dia macam telur pindang. PI tak makan telur pindang. Sk pun cakap, bukanlah. Telur pindang kan mahal, takkan dia nak letak telur pindang pulak. PI pun terus makan tak banyak bunyi. 


Lontong for life!

Ni last stock lontong katanya. Semangkuk RM7. Kuah lodeh sedap, ada sambal tumis dan sambal kacang tapi tak ada serunding. Sk risau jugak sebab sambal tumis nasi lemak kan rasa hangit sikit, tapi tak ada pulak rasa hangit kat lontong. Sayurnya tak banyak, mungkin pasal dah nak habis kot. Sk tengok telur rebus dalam lontong tu, pun macam telur pindang rupa dia. Adoh, parah ni kalau betul-betul telur pindang. Sk potong sikit, memang rasa telur pindang, adoi, mati laaaa.

Tapi, bila toleh tengok pinggan nasi lemak PI, dah hampir licin nasi lemaknya. Telur pun dah tak nampak bayang, hahaha. Agaknya, bila digaul dengan sambal dan nasi lemak, tak rasa sangat rasa telur pindang tu. Ni kategori telur pindang yang tak kuat sangat la rasa rempah dia tu, mujurlah. 

Total RM15 termasuk dua cawan teh o panas. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasa kes tol tu la yang mereka tunggu 14 tahun dapat anak tu. Allah lebih sayangkan anak syurga tu. Semoga ibu bapanya tabah.

    ReplyDelete
  2. PH mampu baca tajuk je pasal accident tu :(
    Sekali sekala termakan telur pindang apa salahnya PI :p

    ReplyDelete
  3. SK cerita pasal telur pindang, rindu pulak nak makan.
    Ada baca pasal kemalangan tu...sedih!

    ReplyDelete
  4. Uncle suka terlur pindang...! Tercari2 gambarnya tadi... hehhehe

    ReplyDelete
  5. saya suka makan di warung macam ni.. simple, tepi jalan, ruangan terbuka hingga boleh meluaskan pandangan jauh.. rasa sangat damai , memang best..

    ReplyDelete
  6. Ramai ya datang makan..di warung ni..pasti ada daya tarikan, layanan baik dan juadah mantap..kemalangan..tu ya Allah kasihan yang maut..baby anak syurga

    ReplyDelete
  7. rare la ye nasilemak telur pindang..ada sup plak...sedih baca kisah accident dkt tol kajang tu..

    ReplyDelete
  8. sedih sangat berita tu. Eh! nasi lemak ada kuah sup, unik ni SK pertama kali kak ana baca :)

    ReplyDelete
  9. Skrg susah nk dapat telur pindang.. hehe

    ReplyDelete
  10. Sedih sangat...yang viral kat tt yang lelaki nangis2 sebab dia tolong mangsa tu...tu Ridhwan kawan SA..dia jadi sedih sebab ye la baby tu baru setahun..lepas tu baby TTC kan..mak ayah baby tu tunggu lebih 10 tahun baru dapat si kembar tu kan..Ridhwan tu pun baru je dapat anak setelah sekian lama menunggu...menangis tgok dia bercerita..sentap hati dibuatnya...first time dengar Nasi Lemak telur pindang..

    ReplyDelete
  11. ammi tak tengok pun video kes kemalangan tu. sekarang ni tiap kali tengok video accident mesti bila tidur termimpi2 jadi betterlah tak tengok. baca je pun dah meruntun hati kalau tengok entahlah.

    tajam juga mata PI boleh detect beza telur tu walaupun dah disambalkan.

    ReplyDelete
  12. Ala...mana pulak nak cari telir pindang ni.....huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!