Assalamualaikum WBT
MINGGU ni rasa sekejap betul dah sampai hari Jumaat. Tapi tu la, rasa lambatnya petang, hehehe. Rehat panjang hari ni tak keluar ke mana-mana la Sk nampaknya sebab nak pantau group pelajar yang tamat pengajian minggu ni. Makin lama makin kurang dah pelajar. Minggu lepas satu group jugak dah balik. Ni ada 7 group yang sedang menjalani latihan industri, memang agak sunyi la kolej.
Malam sabtu hari tu Iman balik sebab minggu ulangkaji. Hari ahad, PI pergi pasar tani beli udang dan sotong, jadi Sk masak lauk udang sambal. Tu pun sebenarnya malas nak masak, nak ajak makan dekat Selera Pantai Timur jer tapi Iman kata dah lama tak makan bonda masak. Eh, tak sangka pulak Iman rindu masakan bonda, terharuuuu.
Sk masak semua udang, kopek siap-siap la tinggal kepala dan ekor jer. Tak silap ada 26 ekor macam tu, tak besar sangat udangnya, jadi Sk masak jer la semua. Sk bahagi dua, sebahagian tu Sk simpan untuk makan lain kali. Lepas tu semalam, PI tanya, boleh tak masak nasi lemak makan dengan sambal udang tu? Eh, bolehhhh.





Sedapnya pulut kuning tu, siap ada sambal tumis telur rebus.
ReplyDeleteAyam hancur lagi senang nak makan dengan pulut tu kan 😀
Favorite ni.
ReplyDeleteNasib baik SA ni badan berangin kalau makan pulut...kalau tak....dah cari gak pulut ni...
ReplyDeletesedapnya makan nasi lemak sambal udang. selalunya makan sambal bilis aje.
ReplyDeletetengah lapar tunggu nak punch out keluar pulut kuning plk kak..hehehe
ReplyDeletekalau saya lagi suka rendang ayam hancur
Pulut kuning tu pun dah kenyang!
ReplyDeleteMenggoda betul pulut kuning dgn sambal udang tu!
ReplyDelete