SAMBAL UDANG, NASI LEMAK & PULUT KUNING

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


MINGGU ni rasa sekejap betul dah sampai hari Jumaat. Tapi tu la, rasa lambatnya petang, hehehe. Rehat panjang hari ni tak keluar ke mana-mana la Sk nampaknya sebab nak pantau group pelajar yang tamat pengajian minggu ni. Makin lama makin kurang dah pelajar. Minggu lepas satu group jugak dah balik. Ni ada 7 group yang sedang menjalani latihan industri, memang agak sunyi la kolej.


Malam sabtu hari tu Iman balik sebab minggu ulangkaji. Hari ahad, PI pergi pasar tani beli udang dan sotong, jadi Sk masak lauk udang sambal. Tu pun sebenarnya malas nak masak, nak ajak makan dekat Selera Pantai Timur jer tapi Iman kata dah lama tak makan bonda masak. Eh, tak sangka pulak Iman rindu masakan bonda, terharuuuu.


Sk masak semua udang, kopek siap-siap la tinggal kepala dan ekor jer. Tak silap ada 26 ekor macam tu, tak besar sangat udangnya, jadi Sk masak jer la semua. Sk bahagi dua, sebahagian tu Sk simpan untuk makan lain kali. Lepas tu semalam, PI tanya, boleh tak masak nasi lemak makan dengan sambal udang tu? Eh, bolehhhh.



Bertambah tiga kali PI makan nasi lemak dengan sambal udang, malam tadi. Selalu dia suka sambal kosong jer kan. Nasiblah Sk masak nasi lemak tu lebih. Tu ada lebih sepinggan hari ni buat bekal. Periuk nasi Sk tu, kalau kita panaskan nasi dia memang akan jadi macam nak hangus gitu, kena cepat-cepat keluarkan dari periuk. Bekal ni buat makan tengahari, Mula ingat nak buat sarapan tapi....


Naza pagi-pagi datang office Sk bawakan Pulut Kuning Rendang Ayam.



Tak jadilah sarapan nasi lemak, Sk sarapan Pulut Kuning Rendang Ayam. Nasi lemak buat makan lunch. Ayam rendang tu hancur sikit dagingnya sebab Naza kata dia terlupa yang dia masak ayam, ingatkan daging. Nak keringkan kuah rendang, dah nak angkat baru teringat tu ayam. Tapi tak la hancur sangat pun, masuk perut pun hancur jugak nanti, kan. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah swt makbulkan segala niat dan doa yang dipanjatkan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya pulut kuning tu, siap ada sambal tumis telur rebus.
    Ayam hancur lagi senang nak makan dengan pulut tu kan 😀

    ReplyDelete
  2. Nasib baik SA ni badan berangin kalau makan pulut...kalau tak....dah cari gak pulut ni...

    ReplyDelete
  3. sedapnya makan nasi lemak sambal udang. selalunya makan sambal bilis aje.

    ReplyDelete
  4. tengah lapar tunggu nak punch out keluar pulut kuning plk kak..hehehe
    kalau saya lagi suka rendang ayam hancur

    ReplyDelete
  5. Menggoda betul pulut kuning dgn sambal udang tu!

    ReplyDelete
  6. Jadi kerak2 ye nasi tu problem rice cooker. Nampak sedap pulak pulut tu. Makan dengan rendang sedapnya la.

    ReplyDelete
  7. Nasi lemak sambal udang sedaap, tp lihat pulut kuning rendang ayam, langsung kepengin juga 🤣😍😍😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!