Assalamualaikum WBT
KITA teruskanlah dengan misi 1 hari 1 konten sepanjang Oktober walaupun di hari Sabtu. Ialah, dua tiga bulan lepas banyak sangat mengelatnya. Kadang dari hari Jumaat sampai Ahad tiada post baharu. Tahu, tak ada siapa pun nak wajibkan sehari satu post, saja la nak nak datangkan semula semangat berblog walaupun tak tahulah zaman ni blog masih relevan atau tidak 🤗.
Ni kisah minggu lepas, nak restock buah-buahan kat rumah. Sejak Horizon Mall dibuka, rajin beno pulak nak ke sana, nak beli buah potong ada diskaun 50%. Sebelum ke Horizon Mall, kami pergi makan dulu di Restoran Serambi Uda TMIYC.
Tak tahulah kenapa restoran ni tak ramai pelanggan. Lokasi tak strategik ke? Masa sampai ni kami tiga beranak aje yang ada, mungkin agaknya dah nak petang.
SK memang dah rancang awal-awal nak makan Laksa Johor. Laksa Johor kat Serambi Uda ni sedap la di tekak Sk tapi patutnya kena minta lebih daun selasih dan daun kesom lagi mantap.
PI ofkos akan makan Mi Wantan Thai. Suka pulak perah limau banyak-banyak. Dia memang suka eh makan masam-masam ni. SK ingat dulu, kawan office PI suka bagi dia asam sebab dia memang suka, hehehe.
Iman pulak makan Mi Wantan Kering. Kering tu maksudnya diasingkan dengan sup. Padahal selalu kalau ke sini dia makan nasi tapi kali ni nak makan mi pulak dia.
Selalu kalau ke sini masing-masing ada pembuka selera tapi kali ni semua pesan makanan utama aje kecuali tambah Roti Bakar Kaya.
Pergi Village Grocer tapi buah potong tak ada diskaun pulak. PI ambil jugaklah nenas dua bekas. Tapi tu la, mana mahunya beli buah aje, penuh jugak troli siap beli minyak masak dan entah apa-apa lagi. Tu takpa, balik tu singgah Maslee pulak beli pes sabun cuci pinggan sebab dekat VG tak ada yang pes, semua cecair. Begitulah kami menghabiskan hari minggu yang lepas, heheheh.
Cie memang wajibkan diri sendiri setiap hari 1 post 😁. Ramai je masih baca blog. Masih relevan la kiranya.
ReplyDeletePH setakat ni masih ada mood berblog, nak simpan kenangan utk anak cucu haha...
ReplyDeleteAgaknya bajet kot, daun-daun dan ulam skrg kan pricey juga.
Wah, diskaun 50% untuk buah potong memang berbaloi singgah Horizon Mall! 😋
ReplyDeleteammi pun selalu weekend takde post. tp harini ehhh mementang suami kita takde kat rumah, kita gatal tangan gi buka laptop dan BW sesambil buat auto-published entry. nak buka blog dari phone memg taklah, berbalam je semua huruf kat situ
ReplyDeleteOffice SA ada buat bowling dengan KMJ, nampak macam PI dalam gambar..26 Sept kalau x salah..
ReplyDelete