MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, May 2, 2010

lempap telur ikan

ASSALAMUALAIKUM...hujan pulak petang-petang ni. Nak tidur dah petang, tak bagus pulak.. tidur selepas asar ni dikatakan boleh mewarisi kepapaan. Lepas tu bila bangun nanti mula rasa nak demam. Jadi lebih baik layan internet sambil makan.. haha.

Baru jer habiskan lempap telur ikan. Penat jelajah blog Cik Mat Gebu untuk cari resepi lempap ni. Nasib baik Cik Mat bagi link terus jumpa.

Jadi kepada sesiapa peminat telur ikan tu, apalagi.. daripada asyik goreng atau gulai, apa kata sesekali ikut cara Cik Mat ni.. enak dimakan begitu saja tau..

Untuk resepi asal sila klik sini...

tapi kalau malas nak tunggu, kat sini pun saya lampirkan resepinya, tapi saya ikut apa yang ada di dapur saya jelah ya dan apa yang teringat pasal saya tak salin resepinya..selamat mencuba..


lempap telur ikan
300 gm telur ikan (paling sesuai ikan parang)
4 helai daun kunyit
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1" kunyit hidup* (saya guna 1 st serbuk kunyit)
garam secukupnya
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:
1. Bersihkan telur ikan (jangan sampai pecah sarungnya)
2. Tumbuk halus bahan bertanda * dan lumurkan pada telur ikan. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Perap 15 minit.
3. Panaskan kuali 'non-stick', bungkuskan telur ikan dengan daun kunyit. Letakkan bungkusan ikan dalam kuali. Hempap dengan piring, gunakan api paling kecil, biarkan 5~6 minit.
4. Terbalikkan bungkusan telur, hempap pula menggunakan anak lesung atau mangkuk berisi air,biarkan 7~ 8 minit.
5. Terbalikkan semula, buat sehingga daun kunyit hampir hangus (betul ke, dah tak tengok resepi dah ni.. hehe)
6. Setelah penat main terbalik-terbalik, dan daun pun mula nak hangus, bolehlah diangkat dan hidangkan semasa masih panas-panas.




memang sedap, mekasih ya Cik Mat..

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...