MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 3, 2010

MERIAHNYA... PoP CaKeS!

ASSALAMUALAIKUM... Salam untuk semua. Macammana hari ni,sihat? Kalau di facebook tu ramai yang mengadu sakit tekak, demam, pening.. maklumlah, cuaca pun kadang panas, kadang hujan, tak menentu, tapi nak salahkan cuaca tak boleh juga. Kadang-kadang demam ni bagus untuk kita, itu maknanya antibodi kita dapat mengesan virus, tu yang jadi demam.

Okeylah.. tak mahu cerita panjang, nak tayang hasil dari projek pop cakes yang saya buat semalam.

Tadaaaaaaaaaaaa!!!!



Belum pro lagi tapi sibuk nak tayang kan.. hehe. Dah seminggu saya berangan nak buat pop cakes ni. Masa mula-mula tengok pop cakes ni kat rumah dua, tiga blogger tu memang saya teruja habis. Saya memang minat dengan benda-benda yang comel mongel ni. Tapi tak jumpa pulak resepinya.





Atas keinginan yang begitu mendalam saya menggunakan enjin carian dan akhirnya bertemu di sini. Di sini ada ditunjukkan langkah demi langkah. Terima kasih ya Kak Nomie kerana sudi berkongsi cara.

Jom, apa kata kawan-kawan cuba, mana tahu kalau ada jamuan, bolehlah dihidangkan..
Cara saya mengikut apa yang ada di dapur sayalah ya..

Pop Cakes
Bahan-bahan:
1 mangkuk besar lebihan kek
(boleh menggunakan apa jenis kek pun, saya buat kek vanilla biasa semata -mata nak buat pop cakes ni, yang saya taburkan dengan badam cincang dan coklat cip )
100ml krim putar (tawar)
1 sb oren sunquick
Coklat masakan yang dicairkan bersama hyfat secukupnya
Bahan hiasan mengikut suka

Cara-caranya:
1. Hancurkan kek menggunakan mesin pengisar kering. Tuangkan krim putar dan oren sunquick, gaul sehingga menjadi doh, bulatkan kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk kertas. (Kak Nomie cucuk dengan lidi lollipop).
2. Masukkan dalam peti ais, biarkan setengah jam.
3. Cairkan coklat masakan bersama hyfat. Celupkan kek yang telah sejuk tadi, hiaskan mengikut kreativiti anda.




Selamat Mencuba..

4 comments:

  1. Sariyusa...cantik...suka akak tengok...coklat tu macam serasi dgn warna pink

    ReplyDelete
  2. Kak Anie, mmang masyuk color dia kan, rasa syg nak masuk mulut.. huhu

    ReplyDelete
  3. salam sari..wah..cantik menarik tertarik pop cake sari tu..tahniah.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...