SAYUR NANGKA MASAK LEMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...
Salam Pagi Jumaat yang membawa barkah..

Sehari tidak bersiaran, di samping sibuk dengan tugas-tugas di tempat kerja, sibuk juga membalas ucapan Selamat Hari Lahir yang tidak putus-putus masuk ke dalam facebook saya. Alhamdulillah, banyak sekali doa yang diiringkan, Amin.. amin, mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT.

Oh, ya.. ada yang bertanya, saya ni cikgu ke? Sebenarnya saya bekerja sebagai pengajar di IPTS di selatan tanah air. Bolehlah dikategorikan sebagai cikgu juga, cuma panggilan di kalangan pelajar tu bukan cikgu tetapi Puan. Harap dapat menjawab persoalan ya.

Hari ini saya nak kongsikan lagi resepi ibu saya. Kalau diikutkan rasanya saya berhutang dua resepi, tapi saya masukkan dulu resepi yang inilah ya.

SAYUR NANGKA MASAK LEMAK
1/2 kg nangka muda
Air untuk merebus nangka secukupnya
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1/2" kunyit hidup
1 ikat daun selasih
1 kotak santan (ibu guna M&S)
1 mangkuk kecil air
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Nangka muda dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Rebus nangka sehingga empuk, toskan airnya, biarkan nangka di dalam periuk.
2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat. Masukkan garam, tumbuk lagi.
3. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang mengandungi nangka. Tuangkan setengah kotak santan dan semangkuk kecil air. Masak hingga mendidih dan dikacau selalu.
4. Apabila telah mendidih, masukkan baki setengah kotak lagi santan. Kacau sentiasa.Masukkan daun selasih, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.




Enak dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan kering..

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam pertang

    tak sangka tau...ada sahabat yang jadi pensyarah...mmg best berkawan...selamat hari guru lah yer

    bab sayur nagka tu..

    ayu mmg suka..tapi suka memasak..bab makan failed...ayu tak boleh makan..perutku sebu...wawawawawa

    ReplyDelete
  2. kak ain.. mmg sedap, boleh mkn satu mgkuk tanpa nasi.. hehe

    Ayu, penolong pensyarah je.. hik2
    terima ksih ats ucpn itu..

    lah, tak bleh mkn pulak, tengok jerlah ni... ermmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!