MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, May 21, 2010

SUP TULANG MERAH

ASSALAMUALAIKUM...
Salam Pagi Jumaat... maknanya esok kembali bertemu dengan Sabtu. Apa agenda anda? Jemputan kahwin, kenduri, basuh kain baju, kemas rumah, bersihkan laman, tengok wayang (Shrek... Ogre.. Ogre)atau tidur sepanjang hari? Tapi perut tetap kena isi jugakan. Ada idea tak? Jom masak sup tulang merah..

Haa.. kalau sebelum ni kita biasa buat sup tulang yang jernih (ada jugak yang keruh.. hihi), kali ini saya nak kongsikan resepi sup yang berwarna merah. Sup merah ni terkenal di negara yang berjiran dengan negeri saya, Singapura. Rasanya pun lain sikit, maknanya bukan warnanya saja yang merah tapi rasanya pun berbeza tidak seperti sup biasa. Enak sekali dimakan dengan roti Perancis, tapi pasal tak sempat terbang ke Perancis, saya bantai jer dengan roti Gardenia... layanzzz.

Ops, lupa nak bagitau, resepi ciplak dari ruangan Variasi Harian Metro, Sup Tulang Ketuk. Resepi asal menggunakan tulang 'gear box' atau kepala lutut tapi saya guna tulung rusuk jer, pun boleh.. yang penting mahu merah ya Mak Ngah.. Resepi asal ikut sukatan dalam gram, manalah sempat nak menimbang-nimbang bawang, cili, sos-sos tu semua, jadi saya pakai lebur. Ha, siapa yang belum 'expert' tu sila ikut sukatan ya, nanti kalau tak sedap jangan salahkan saya.. hik.. hik..

Bahan-bahannya:
1 kg tulang daging
600 gm bawang merah
50 gm cili boh
80 gm pes tomato
30 gm kicap manis
5 gm garam (garam pun timbang??)
25 gm gula
serbuk perasa stok ayam atau daging (tak letak)
10 gm serbuk lada hitam
50 gm sos tiram
140 gm tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 biji telur
20 gm bawang goreng (tak letak)
20 gm daun bawang
100 gm kubis hiris halus (tak letak)

Cara menyediakan:
1. Rebus tulang daging selama tiga jam (kalau gear box). Saya rebus dua jam.
2. Dalam kuali/ periuk lain, tumiskan bawang merah dan masukkan stok ayam atau daging. Apabila nampak agak garing, masukkan dalam periuk rebusan tulang daging tadi.
3. Masukkan pes tomato dan cili boh ke dalam air rebusan. Gaul sekejap, masukkan gula dan garam.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau.
5. Pukul telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam periuk sup merah, kacau cepat.
6. Sebatikan sup, masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih dan kuahnya kering sedikit, barulah diangkat.
7. Hiaskan bersama taburan hirisan kubis, bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa. Sup sedia dinikmati... yummy!!

2 comments:

  1. menarik ni...mcm sedap benor melihatkan kuahnye tu... amik resepi..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BIHUN GORENG NOXXA

Assalamualaikum... BIHUN Goreng Noxxa Sempena ada periuk noxxa..  Kah kah kah. Punyalah semangat memasak sejak ada periuk noxxa ni kan,  ...