REZEKI BELANJA GUNA VOUCHER DI AEON

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH, minggu lepas, Pak Inche dapat insentif voucher AEON, dapatlah kami shopping beli barang dapur dan barang masak. Biasanya kalau dapat voucher aeon tu sikit-sikit aje, dalam seratus ringgit tapi belanjanya 300, hahaha. Tapi kali ni dapat dua buku terus, dia punya happy 😍


Jumlah belanja hari tu, RM564.15.. mak aih, bajetnya bawah RM500 jer, padahal ambil benda penting aje pun, terus bagi satu buku pada cashier. Ingatkan lamalah kan dia nak imbas sekeping-sekeping macam selalu, rupanya, dia cuma imbas voucher pertama dan terakhir aje, terus masuk semua nombor siri dalam buku tu. 


Lepas belanja, makan di medan selera, Pak Inche kata, nak makan nasi ayam. Eh.. eh.. padahal sebelum tu dia kata kenyang, makan nasi lemak di Warung Santai2 Kak Ton. Dah dia makan nasi ayam, Sk pun malas la nak pergi gerai lain, kita pun terjoin makan nasi ayam 😆

Vouchernya ada lagi, dah janji nak lima keping, beli ais krim mahal. Lama mengidam.. huhuhu.




Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaa sampai dua buku.. haritu kita calim member kad dapat 300 hengget Kak hahahaha.. terus beli bantal je semua..

    ReplyDelete
  2. saya sejak pindah duduk pekan nans jarang dah belanja di AEON. sekali sekala je la beli baju seluar anak ke bukit indah

    ReplyDelete
  3. Untung ada voucher. Terlebih bajet itu biasaa.huhu..harga barang pun dah mahal sekarang.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak terlebih bajet bukan spesis pompuan la...🤣

    ReplyDelete
  5. Hahahaaa... bestkan shopping. Ambil saja yang diingini... jumlah semua tu kemudian kira hihihiii.

    ReplyDelete
  6. ammi plg banyak dpt voucher aeon ni pun 100 lebih je..itupun sbb tukar point.

    ReplyDelete
  7. Huiiiii....SA pernah dapat pun setengah buku...x pernah dapat 2 buku sekaligus...best tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!