Assalamualaikum...
SEMINGGU dapur tak berasap. Rasanya kali terakhir memasak Asam Pedas Ikan Merah, lepas tu hari-hari tapau dari pasar malam atau warung. Semalam, macam biasa Sk ke Senai, ada Mee Siam Singapore dan Mee Goreng Seafood, Sk bawalah balik sikit cukup untuk makan malam, tapi Pak Inche kata, dia belum makan nasi. Kami ke Senoko Restoran di Stulang, tempat favourite kalau nak makan masakan berlauk tomyam.
Masa sampai tu, setiap meja dipenuhi pelanggan. Ada yang sedang menjamu selera, ada yang sedang minum dan menunggu makanan sampai. Jadi, lepas imbas My Sejahtera, kami pun menunggu. Abang dan kakak yang di Senoko ni memang dah kenal kami kan, jadi dia pun macam kata, tunggu sekejap, sambil tengokkan kot ada meja tapi memang penuh, kan. Kami pun tak ada masalah menunggu. Belakang kami, ada seorang lelaki, dia pun menunggu jugak, tapi agak jauh sikit la, seorang aje nampaknya.
Tak lama, datanglah pulak satu family ni, suami isteri dengan anak sepasang, mungkin masih sekolah rendah. Mak bapak tu, taklah nampak muda sangat. Dia pun menunggu di tepi kami. Yang si bapak tu macam tak sabar-sabar nak masuk padahal dah nampak meja penuh dan kami pun sedang tunggu dan berdiri di pintu masuk. Rapat pulak tu berkumpul kat situ, macam serba salah pulak rapat-rapat macam tu, Sk pun berundur ke belakang, Iman beratur la kat situ, depan termometer tu.
Dalam restoran tu, ada satu keluarga besar hampir habis nak makan, lebih kurang 8 - 10 orang kot, jadi dua meja dicantumkan. Bila mereka habis makan, dan keluar dari kedai, kami beri laluan la kan. Meja tu pun masih penuh dengan pinggan mangkuk dan gelas, jadi, biarlah pekerja Senoko tu kemas dulu. Pehhh.. yang si bapak tadi kemahen laki bini terus masuk tarik anak dia, pergi meja yang belum berkemas tu. Haishhh.. tataw datang dari ulu banat mana diorang ni eh?
Bukanlah nak cakap yang kami ni selalu makan di luar ke apa, tapi, sejak pandemik ni, bila kita dine in, yang pertama, kena beratur sebelum masuk satu-satu premis, siapa sampai dulu, dia masuk dahulu kecuali jika ada staf kedai bagi anda masuk dulu sebab anda datang berdua dan ada meja kosong untuk dua orang sahaja. Tapi, kalau tak ada staf, silalah hormat dengan pelanggan lain yang sampai lebih awal.
Berbalik pada orang laki bini dan anak dua orang tu, terus berkerumun la di meja yang bercantum tu. Kalau ikutkan, masa dia nak masuk tu, nak aje 'sekolahkan' tapi malas nak bertekak. Lagipun, meja yang ditinggalkan tadi ada dua biji, kan. Kami sabar ajelah sebab tahu nanti pekerja Senoko tu akan pisahkan dua meja tu.
Nampak Pakcik Senoko tu pergi ke meja tadi dan minta izin untuk pisahkan dua meja pada orang yang tak reti bahasa tu. Kemudian dia datang pada kami dan beritahu boleh masuk. Anak dia terus angkat gelas-gelas yang tinggal di meja kami dan pakcik tu lapkan meja. Kemudian terus dia ambil pesanan. Meja sebelah tu, masih lagi penuh dengan gelas cawan semua, padan muka 😆 Tak ada adab, dah tua pun dobo 😜
elehhhhh tak terliur pun ... kita tengah makan soto in cup ni sambil jeling-jeling je gambar SK tu.. :)
ReplyDelete"Slurrppp..."
ReplyDeleteKesan bunyi uncle telan ailio
Ada je orang camtu kat mana-,mana SK :(
ReplyDeleteMemang nampak sedap kerabu sotong tu...
Dia tahu tapi dia lalai zaman COVID-19 ni kena jaga SOP. Dah mendapat lambat dapat order kan.
ReplyDeleteuishh..kerabu sotong, sedap!
ye kita yang telan ailio haaa.....sodap ehhhhh
ReplyDeleteWah, banyak peminat kerabu 🐙🐙🐙 ni. Jom ramai2 telan ailio😁😋😋😋
ReplyDeleteBagus juga sesekali pekerja tu ajar pelanggan macam tu..Tak payah bunyi suara tapi melalui perbuatan...
ReplyDeleteTak perlu ucap apa2...hihihj