Assalamualaikum wbt
DIA punya penyesalan ke Caribbean Juice Bar tu, membawa ke hari Ahad tau. Dahlah nak ke sana ke sini, jammed, masuk mall penuh orang, jadi, hari Ahad tu, walaupun Sk ambil cuti, lepak di rumah sajo. Puncanya, bila kita tanya Pak Inche, nak pergi makan kat mana, dia boleh tanya kita balik. Haishhh.. sekarang ni, tanya apapun, memang kita dapat balik soalan yang sama laaa.
Jadi, Sk masak ajelah makanan kegemaran semua, iaitu Ayam Sambal atau Ayam Masak Cabai. Ayam sebelum masak sambal, nak kena goreng dulu, tapi Sk guna Air Fryer. Ayamnya, perap dengan garam kunyit dulu, sebelum masuk AF, lumur dengan minyak masak. AF zaman tok kaduk, bukan digital macam keluaran-keluaran terkini, pusing ajelah tombolnya asal hidup, hehehe. Malamnya pun, makan nasi lauk ayam sambal jugak, huhu.
Yang ni, kena lama sikit, bagi nampak garing dan rasa macam goreng dalam kuali. Minyak mahal sekarang, kan. Setakat ni, minyak yang beli sebelum bulan Julai, ada tiga botol lagi yang belum buka. Tahun 2023 nantilah kot, baru beli minyak balik, hahaha. Teringat masa baru kahwin dulu, minyak 5kg, baru RM12.99, berbeza betullah lepas 22 tahun kahwin. Walaupun pendapatan bertambah, perbelanjaan juga bertambah... hurmmm.
Sampai sudah tiada idea pergi mana kalau soalan pergi mana dibalas soalan juga.
ReplyDeleteHaha banyak beli stok minyak.
Pak Zain dah kumpul 2 kotak minyak masak dah...macam nak masuk kotak ke 3...skit hari lagi bleh jadi kedai runcit rumah SA tu
ReplyDeleteSaya pun kalau masak ayam sambal suka goreng dulu baru sedap. Jauh beza harga dulu dan sekarang. Sekarang pun makin menaik harga tak turun².
ReplyDeletePelik betul kan. Negara pengeluar sawit terbesar di dunia tapi nak pakai minyak terpaksa kena catu....hurrrmmmm negaraku Malaysia.
ReplyDeleteKamilah yang mencatu ... sebab susah nak dapat minyak di LD sekarang ni.
DeleteHuhuhu...minyak oh minyak...adoiii...rasa nak merajuk ja dengan harga minyak dan barang keperluan lain..tapi tu la merajuk pun depa tak pandangðŸ¤
ReplyDelete