Assalamualaikum wbt
RASA aman damai betul bila berjalan semasa hari bekerja. Shopping mall lengang, nak main badminton pun boleh rasanya sebab lapang. Punyalah lapang sampai tak perasan ada sesuatu di lantai....
Cakap dengan Iman, macam tak ada rasa nak makan nasi. Macam nak makan kat kafe la.. pasta ke, makanan omputeh la senang cerita. Jadi, kami ke Aeon Tebrau sebab kat sana banyak pilihan berbanding Midvalley Southkey. Kami terus ke aras bawah yang menempatkan banyak restoran, ternampaklah The Manhattan Fish Market. Dah bertahun la tak makan situ, jadi macam teringin pulak.
Iman kata, jom kita tengok menu dulu (yang diletakkan di pintu masuk). Dari jauh dah nampak buku menu terbentang, mata dah aim ke situ. Tiba-tiba terpijak sesuatu yang licin, sempat berpaut pada Iman sambil terjerit, Iman sempat memaut jugak tapi apa yang nak terjadi tetap terjadi, jatuh juga dalam keadaan slow motion, akhirnya dah bersimpuh di lantai. Kalau tak ada Iman, mungkin dah terlentang.
Inilah yang dikata, meronggeng jangan sampai tertonggeng, hahaha. Tengok di lantai, punca jatuh, ada cecair jernih di lantai. Tahu apa? Hand sanitizer! Entah siapalah yang tumpahkan dan tinggal, sungguh tak bertanggungjawab. Mujurlah tak jadi apa-apa. Sk pun ralat jugak sebab tak minta pekerja restoran panggil cleaner bersihkan, takut orang lain pulak yang jadi mangsa.
Terus tak jadi nak masuk Manhattan, geram pun ya, segan pun ya. Nasib baik pakai pelitup muka. Jadi, terus naik ke aras tiga. Iman kata, jom makan kat
Sanook Kitchen yang bonda ngan babah pergi buka puasa tu.
Slim apanya acik... saya kan ratu bina badan negara 😝
Dari konon tak mahu makan nasi, pilih nasi juga. Basil Seafood Rice. Ada juga pilihan Ayam dan Daging, ambil seafood bayar lebih seringgit. Tak rasa sangat basil tu tapi mereka masak menggunakan makanan laut segar bukan frozen.
Red Tomyum Rice Noodle pilihan Iman. Semangkuk besar tomyamnya, bolehlah Sk ceduk buat kuah. Sup tomyamnya sungguh tidak mengecewakan.
Masa buat pesanan tu, Sk minta juga Kerabu Mangga. Kemudian, belek-belek lagi buku menu, nampaklah pulak Pulut Mangga. Nak.. tapi.. takut mengecewakan, sebab susah nak jumpa Pulut Mangga yang betul-betul sedap macam kat Pesta Thai. Bila staf beritahu, Kerabu Mangga tak ada, Sk pun minta Pulut Mangga. Alhamdulillah, betul-betul sedap dan rasanya sebiji macam yang beli dekat Pesta Thai.
Lepas makan pergi Kedai Buku Harris cari novel baru. Nampak ni, baru teringat
Novelis Maria Kajiwa ada buku baru yang menggabungkan tiga novelis, iaitu Dia. Nampak pulak novel Kebaya ni, eh.. macam ada, tapi kenapa macam tak nampak pulak dekat rak di rumah.
Novel Sejak Kita Bertemu ni dah lama diterbitkan dan tidak dicetak lagi. Ramai yang tak tahu ia novel genre seram. Ia merupakan sequel novel Erti Cinta. Tapi, Erti Cinta tu, susah nak cari.
Balik rumah, tengok, ada novel Kebaya ni di rak buku. Rupanya ia tidak diletakkan sebaris dengan novel-novel lain dari NMK. Patutlah tak perasan. Tulah, banyak sangat membaca, sampai dah tak ingat, hahaha.
Comel je Iman. :)
ReplyDeleteSedap tengok pulut mangga.
Saya dah lama tak baca novel.
Lucu la iman ni taw.. kite suka tengok iman, dia pandai bergaya comel²
ReplyDeletejalan jalan cari makan ye kak?! lama x jejak aeon tebrau
ReplyDeleteBest kan sesekali jalan- jalan cari makan...tapi kejadian tu mesti teringat2 kan..SA pernah kena sekali kat Mcd...Tapi nasib ada budak lelaki tolong angkat...
ReplyDeleteHaippp...apa gelak2 pulak..betul la mokcik cakap tu..
ReplyDeleteTapi Iman pakai vaju kaler turqoise tu memang ayu sangat..Ni siyes tau..tak tipu nyer..
Aduh, malang tak berbau. Mujur lah jatuh slow mo dan tak ada sakit yang serius. Risau jugak kalau jatuh terduduk lebam sana sini. Ambil masa nak elok. Syok jalan masa weekday tak ramai orang. Nak makan pun senang boleh pilih meja mana suka. Iman maintain ceria. Rasa teringin mangga pulut tetiba..huhu...
ReplyDelete