KEROPOK LOSONG SKUDAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

AKHIRNYA dah sampai ke penutup kalendar bekerja bagi bulan Julai 2022, minggu depan kita akan memasuki bulan merdeka. Sekejap aje dah sampai bulan 8, lima bulan lagi kita akan masuk ke tahun 2023. Umur makin meningkat, usia makin singkat, ajal makin dekat.

'Minta pada Tuhan.. agar panjang umur.. jangan mati dulu.... huhuhuhu...'
(lirik lagu Kalau Kaca Menjadi Intan - P Ramlee)

Kisah Jumaat lepas, ajak Iman mengeteh dan makan Keropok Losong Skudai. Selain keropok losong, di sini juga ada Karipap Panas ( pelanggan pesan baru digoreng). Kami minta karipap RM2, keropok satu set (RM5). Tapi agaknya warung tu tepi jalan, diganggu bunyi kenderaan, kan.. acik salah faham, dia  buatkan karipap dua ringgit, keropok dua ringgit. Ah.. sedihhhh dapat keropok sikit, hahaha.


Tak ambil gambar teh masa buih dia tinggi sebab nak ambil gambar saing dengan makanan, hehe. Sanggup tunggu dengan sabar, warung penuh hari tu sampai tak ada meja kosong. Mujur kami antara pelanggan yang terawal. Teringat masa kami datang dulu, meja kerusi berlapuk tanda tak ada orang (duduk) datang.

           

Dekat sini, keropok disediakan apabila ada pesanan sahaja. Masa ni, belum ada pelanggan ramai, Sk minta izin untuk ambil video acik sediakan keropok losong. 


Keropok panas-panas. Penuh rasa ikan, keropoknya. Dia kan, dalamnya rasa halus sangat tapi rangup di luar.


Karipap Panas inti kentang.


Iman bukan peminat keropok lekor atau losong, dia suka makan yang kat sini jer.


Sebab tak puas hati makan keropok sikit, beli pulak yang frozen, hehehe. Kena tunggu lembut, baru goreng guna api paling kecik. Tapi dapur Sk ni, api paling kecik pun tak kecik.


Keropok tetap sedap tapi lain la dengan makan kat warung. Hurmm.. nak kena repeat nampaknya ni, cakap dengan acik tu, nak keropok seploh inggit, hehehe.


Ada lagi sikit Kek Rampai Sari pemberian Blogger Jaja. Ni masa Sk ambil cuti hari Ahad tu, la. Satu hari tak pergi mana-mana pun. Nak pergi Melaka, konon.. hahaha.. hahaha.

Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dah lama tak ke sini..dulu selalu.. masa tu suami kerja kat tapak pembinaan IPD JBU tu. Lepas IPD siap, dah tak ke sini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun last pergi bulan satu tuari, tapi hari2 balik kerja lalu jalan ni, hihi.

      Delete
  2. Nampak menarik la SK...nanti kalau kita dah jadi org JB boleh la kita pi tempat2 makan yang best yang selalu SK share tu kan...ehhhh...hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, cepatlah pindah negara Johor. Jangan lupa renew passport, hahaha

      Delete
  3. Sedapnya dapat makan fresh panas panas from dapur. Agaknya kena makan kat situ jugak yang sedap kan. Memang kena repeatlah nanti tu order seploh hengget.

    ReplyDelete
  4. Macam nak terliur tengok kopok, tapi bila nampak kek terus meleleh ngences. Suka tengok tekstur kek tu. Halus.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!