Assalamualaikum wbt
PAGI tadi berlaku satu kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta dan motosikal di hadapan Maybank Taman Sri Bahagia (TSB). Mula ingat, kenapalah sesak sampai selepas lampu isyarat persimpangan TSB tu? Biasanya kalau hari-hari kerja macam ni, memang sangkut dekat traffic light tu, tapi ni macam tak bergerak sampai ke depan. Dah dekat dengan bank tu, nampak semua kereta bagi isyarat ke kiri. Rupanya ada seorang penunggang motosikal sedang separuh terbaring mengiring, macam gaya orang posing tepi pantai. Dia dalam keadaan sedar, muka dia macam tak ada sakit pun. Sk fikir, mungkin dia mengalami kecederaan dari peha ke bawah. Pemandu kereta tak cedera tapi keretanya tak boleh bergerak sebab tayar hadapan sebelah kanan, flat habis. Aduh, ni yang risau setiap kali memandu. Tadi pun, ada sebuah kereta belakang Sk bawa macam nak terberak. Mereka ni dah lupa ke, jarak pemanduan selamat? Geram dan meluat betul menengoknya. Kepada mangsa kemalangan tadi, semoga dipermudahkan urusannya dan segera sembuh.
Nahhhh... Akhirnya, berjaya jugak Sk dan Iman membuat snek pembuka selera,
Crab Rangoon yang terkenal di Restoran Chinese American Cuisine, ini. Iman siap ajak buat lagi sekali, eh tak serik budak ni, hahaha. Sebab apa tak serik? Tentu jawapannya kerana keenakannya. Pak Inche pun suka nampaknya tu.
Crab Sticks atau Filamen Ketam ni memang banyak kat dalam peti ais tu, Sk guna 10 batang sahaja.
Dah namanya SK, ingat dia suka bersusah-payah ke?
Sk guna Sos Prego dalam tin berperisa Keju dan Herba atau Cheese & Herbs. Dah memang ada dalam stok dapur.
Dalam resepi asal, mereka menggunakan Cream Cheese, tapi Sk gantikan dengan empat keping Slice Cheese yang lebih ekonomi, hihi. Cincang dulu crab sticks, slice cheese dan daun bawang, gaul rata-rata, kemudian barulah masukkan satu tin sos prego berperisa Cheese & Herbs, gaul lagi hingga rata. Gambar lepas masukkan sos prego lupa nak ambil. Jika nak tengok langkah demi langkah membalut kulit wonton selepas dimasukkan inti, bolehlah google jer, hahaha.
Resepi Crab Rangoon (Cara Sk)
Bahan-bahan :
1 bungkus kulit wonton
1 tin sos prego berperisa Cheese & Herbs
1 pokok kecil daun bawang
10 batang Crab Sticks
4 keping slice cheese
Cara Menyediakan Inti Crab Rangoon
1. Cincang kecil-kecil crab sticks, cheese dan daun bawang, gaul rata.
2. Masukkan sos prego, gaul lagi hingga rata.
Cara membungkus Crab Rangoon
3. Ambil sekeping kulit wonton, sapukan air di sekeliling kulit wonton, kemudian masukkan sesudu kecil inti.
4. Cantumkan penjuru ke penjuru kulit wonton untuk menutup inti.
5. Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan dalam tapis besi.
6. Hidangkan dengan sos cili yang dicairkan sedikit dan ditaburkan daun ketumbar.
Oh, ya.. selain perisa Cheese & Herbs, Sk rasa sesuai juga jika anda hendak gunakan perisa Carbonara atau Mac & Cheese.
Buat hari Jumaat, tapi Sabtu baru goreng. Hari tu, kan.. Sk beli
Crab Rangoon Frozen dua pek, guna sosnya satu pek aje, jadi tak payah susah-susah nak buat sos, guna apa yang dah ada jer. Sos prego ada lagi, nanti tinggal beli kulit wonton jer la kalau datang mambang rajin, hahahaha. Haaa.. siapa yang tuari kata nak tunggu Sk buat, baru nak buat, silalah ya.. tak baik tau kalau tak buat, hahaha.
Lama x mkn ni... sodappp... popia carbonara pn ok jugak kalau xde ni
ReplyDeleteIsh...kulit wantan dah ada..sos prego dah ada..crabstick dah ada..
ReplyDeleteNak kena cari kerajinan ja ni untuk buat..
Menawan selera ni..ken zikir supaya rajin pula niðŸ¤
Wah dah jadi dah Crab Rangoon dia :D
ReplyDeleteYe, kena hati-hati di jalanraya. Kita bawa kereta ok, orang lain bawak kereta laju. Sabor je la.
ReplyDeleteNampak sedap, SK, crab rangoon-nya.
Allahu... kalau dah begitu bahan-bahan crab rangoon, kita yang menengok ni pun ikut terliur walaupun tak pernah rasa.
ReplyDeleteKena buat ni..mana tau Mak Pah selera plak makan kan...
ReplyDelete