PENAT LAYAN GHOST DOCTOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

PELIK Pak Inche pagi ni bila tengok Sk tak ke pejabat. Muncung mulutnya, diam-diam Sk ambil cuti, jealous la tu, hahaha. Tapi, sukalah agaknya tu sebab dapat bawa bekal nasi goreng pagi ni. 


Lepas masukkan kain dalam mesin basuh, terus mengadap drama series Ghost Doctor di netflix. Dah seminggu rasanya tengok episod demi episod . Itupun ada yang Sk skip, kalau tak, lagi jenuh. 


Tak sangka, Si Rain ni dah tua, dah patploh tahun, hahahaha. Perwatakannya, senyum, marah, masih sama macam drama Full House. Kali ni, Rain bawa watak sebagai Pakar Bedah Jantung yang koma akibat kemalangan.


Uee, suka tengok dia berlakon dalam Marriage Contract. Dalam drama ni macam lembik sikit wataknya, sedih memanjang. Dah episod 15 barulah ceria dan cargas!


Kim Beom yang membawa watak sebagai doktor pelatih yang terror teori tapi tak pandai amali. Tak kenal sangat siapa yang bawakan watak Seung-tak ni. Jambu sungguh budaknya, hahahah.


Satu malam, dapatlah satu ke dua episod, lepas tu terlelap, hahaha. Bila bab Seung-tak dirasuk Dr Cha di dewan bedah, barulah bulat mata ni, haha. Banyak fakta perubatan boleh belajar tapi tulah, kadang meleweh sampai tertidur kita dibuatnya. Maklumlah, siang dah letih kerja.


Ingatkan hari ni bolehlah habiskan, tapi dah letih giler menengoknya. Sk memang tak bolehlah nak marathon 3 - 4 episod sekali arung. Nantilah petang ke.. malam ke.. baru sambung balik, hahah. Jom jadi tapak sulaiman, Tino!!!








Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok awal masa dapat siaran percuma di tvN. Oh ada di Netflix. Hehe kalau marathon otak jadi tepi dan perasaan itu jadi penat sebab hayati cerita. Itu suka tengok di tv satu hari satu episod.

    ReplyDelete
  2. hhahahha citer ni awal thn aritu dok layan kat VIU.. Rain dah lama x berlakon... sekali kluar balik... kemain watak dia hahaha dah le dia jarang bawa watak sengal2 camtu :D

    ReplyDelete
  3. Kita tengah layan Alchemy of Souls (pengaruh mira filzah) haha. Sama la, dapat layan malam je, sampai tertdo2 tengok dek letih kerja.

    ReplyDelete
  4. best kan citer ni...awal2 je macam meleweh skit...tp once dah tengok nak tgok lagi dan lagi

    ReplyDelete
  5. dulu pernah tengok cerita korea my girl. menangis2 tengok. haha. skang, dah lama tak layan korea, takut nak terjebak. takut tak boleh tidur, asyik nak habiskan semua episode. haha

    ReplyDelete
  6. Hihihi....saya tumpang jadi tapak sulaiman ja...nak layan cerita korea kita tak geng🐼

    ReplyDelete
  7. Saya jarang layan drama Korea.. tapi bila ada nampak keluar kt TV, terleka jugak ler... Huhu.. Tengok jalan ceritanya.. Kalau banyak bercakapppp fakta.. boleh terrtido laa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!