KARI AYAM BERSANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

JARANG-JARANG Sk masak Kari Ayam letak santan. Bukanlah pasal tak nak kolesterol ke apa, tapi nak berjimat, hahaha. Tapi, kalau kebetulan ada santan kotak yang telah dibuka dan masih berbaki, Sk akan masukkan sebab sayang dari rosak begitu saja. Eh, tapi fakta yang Sk baca, santan tidak mengandungi kolestrol tau.


Kalau arwah mak mertua Sk tengok kari Sk ni, sah-sah failed. Kalau ibu Sk yang tengok, mahu seminggu dia ungkit, kikiki. Sk guna santan kara, baki masak Rendang Ayam Lontong Raya tu. Santan kalau dah masuk peti sejuk, tekstur dia agak berketul sikit, kena kacau lama dengan api perlahan. Tapi, sebab Sk masak kari ni dalam periuk noxxa guna mode stir fry, tak boleh nak set kepanasan periuk tu, dia jadi membuak-buak, terpaksalah matikan suisnya cepat, karang hangusssssss.

Masak Kari ni hari Jumaat, untuk makan malam. Hari Jumaat tu, penuh dengan macam-macam aktiviti dari pagi membawa ke malam. Pagi-pagi, buatkan bekal Roti dengan Scrambled Egg untuk Pak Inche. Masak Rendang Ayam. Lipat kain baju, Iman?? Kalau tak ada-ada, memang dia lupa kain baju dalam bakul, sebab letak dalam bilik, tak nampak, katanya. Kemudian, masak kari ayam ni. Paling terrrrrrajin, buat Crab Rangoon.. tu nanti kita ceritalah. Petang tu, siap pergi mengopi tau, hahaha. Bukan dekat-dekat, sampai ke Larkin nunnn. Kali ni tak nak pergi mall, jemu.


Bila dah siap masak, barulah senang hati nak keluar jauh sikit. Ayam untuk digoreng, Sk perap siap-siap dan simpan dalam peti sejuk. Sempat sampai rumah sebelum maghrib dan terus masak nasi.  Kari ayam tu pun, dah balik berjalan tu baru dimasukkan santan. Kentang dan tomato tak ada stok, cuma ayam semata dalam kari, punyalah sedap, sampai tiga kali Pak Inche tambah nasi tau, hahahaha.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya kalau masak kari, wajib letak santan. takde santan, takde kari..hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya tak pandai lagi nak mengari ayam tanpa santan.Tapi pernah baca blog Cikgu Amie ditambah tomato dalam kari tanpa santan..macam sedap juga ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya tak pandai masak kari tanpa santan. Tapi bila dapat resepi masak kari tanpa santan, sedap pula!

      Delete
  3. Sedapnya...SA baru buat..kari ayam x letak santan...sebab Mak Pah x leh makan santan dan berkuah sangat...

    ReplyDelete
  4. Kari bersantan memang sedap, tak bersantan pun sedap juga.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!