Assalamualaikum wbt
HARI itu, masa ambil daging yang ditempah untuk masak Rendang Hari Raya Haji, Pak Inche tempah sekali usus lembu dari penjual daging. Bagusnya penjual ni, dia akan bersihkan ususnya siap-siap untuk pelanggan. Tahulah isi usus tu, kan.. bukannya mudah nak bersihkan. Kalau kak ipar Sk, dia akan jolok guna kayu. Kalau Sk, jangan disuruh, hahaha.
Inilah rupa usus yang telah dibersihkan oleh penjual daging. Mula-mula tengok, Sk fikir, banyaknyaaaa. Siapalah yang nak makan banyak-banyak ni, Iman bukannya makan organ dalaman haiwan.
Cuci dan bilas berkali-kali. Suka tengok dia mengembung macam belon badut yang panjang tu, bila disalurkan air ke dalamnya, haha. Teringat pulak sedapnya kalau buat Tongmo Grill.
Rebus dalam Periuk Noxxa, set HP 40. Bila dah siap, aik.. tinggal sikit ni??
Sambil rebus tu terfikir, baik buat Daging Bakar sekali. Jadi, buatlah air asam lebih sikit. Selalu, Sk akan masukkan budu tapi cari-cari, tak adalah pulak budunya, jadi gantikan dengan serbuk belacan.
Resepi Air Asam
1/2 biji bawang besar, potong dadu
1 batang cili hidup, buang biji, potong dadu
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu serbuk belacan
1 sudu pes asam jawa
1 sudu gula
sedikit garam
Jus dari 2 biji limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1/2 cawan air
Caranya :
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali daun ketumbar, kacau rata sambil tekan dengan sudu. Boleh juga jika nak ramas guna jari (Sk guna sudu).
2. Ambil sebahagiannya, kisar halus, kemudian masukkan semula dalam mangkuk, masukkan daun ketumbar, kacau sebati.
Usus potong kecil dan letakkan air asam secukupnya.
Daging Sk potong memanjang, kemudian perap dengan kunyit dan garam sahaja. Lepas bakar (panggang sebenarnya), barulah dihiris.
Pak Inche beli Daging Masak Kari. Tekak orang utagha cam tu la.. nak kari manjang, layannnn.
Syukur Alhamdulillah.
fuhhh dah lama tak makan usus lembu. Cicah dengan air asam pulak tu. Sedapnyaaaa!
ReplyDeletefav menu exotic tu...kalau kt klate panggil perut muda
ReplyDeleteTak pernah makan usus tapi nampak mcm sedap..lagi² dengan air asam tuuu
ReplyDeletesedapnya perut panjang tu cicah ayaq asam ..lemak berkrim...sukanya saya
ReplyDeleteTerliur SA dibuatnya ha.....sodap ehhhh
ReplyDelete