Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA cuma dua hari sahaja Sk bekerja pada minggu ini. Rakan pejabat ingatkan, SK jalan-jalan makan angin sebab bercuti panjang. Padahal, tak ke manapun, jalan-jalan pergi mall aje, itupun cepat-cepat balik sebab kurang selesa menempuh lautan manusia. Macam ada pesta muda-mudi pulak, hahaha.
Setakat entri ini ditaip, belum keluar duit lagi untuk beli makanan. Pagi tadi, sarapan Milky Passion Fruit Cake yang Sk beli semalam petang di Maneh By Momo. Kak Imah pulak bawakan Ketupat dengan Rendang Daging Korban jugak, itu Sk makan pukul 11. Makan awal sikit sebab pukul 1 ada jemputan makan Sup Daging Korban.
Dua orang kuat di kolej kami sehingga terlaksana Program Ibadah Korban di kolej semalam. Tapi tulah, semalam, kan Sk cuti, jadi tak dapatlah bersama melapah daging lembu korban.
Kita tolong makan ajelah ya... 😍😍😍 Syukur Alhamdulillah.
Wah...nampak cedaplah sup tu...kuning pulak tu macam kuah soto..pasti manis daging korban.
ReplyDeleteSedap dapat makan sup daging korban. Ada sambal kicap ni berpeluh makan. Hehehe...
ReplyDeletetahun ini dan tahun lepas saya belum lagi rasa daging kurban...daging dekat kedai tak sama rasanya terutama daging import
ReplyDelete