Assalamualaikum wbt
SABTU lepas, kami adik-beradik sepakat buat parti hari jadi Cikwa sempena ulangtahun kelahirannya. Cikwa, jarak usianya lima tahun dengan Sk. Cik Ani kata, kesian Cikwa dah dua tahun sambut hari jadi sorang-sorang. Tahun lepas, Sk pesan Roti Jala Jelita untuk Cikwa, tahun ni, Sk sponsor kek ajelah. Ingatkan, nak beli Red Velvet macam masa Hari Jadi Angah, tapi cuma Choc Indulgence dan Tiramisu Cake jer yang ada. Iman kata, dah lama tak makan Chocolate Indulgence, jadi memang tu jerlah pilihan yang ada kan. Tiramisu macam tak berapa best pulak. Baru perasan, harganya dah naik seploh hinggit kooo.
Rancangan asal nak buat di Senai tapi Angah kata, tak ada air. Dia suruh buat kat rumah Cik Ani. Nasib baik dia tak suruh buat kat rumah Sk, hahaha. Cik Ani punya plan pulak, nak makan-makan di Der Cabin tapi... dot dot dot, hahahaha. Sk cadangkan Cik Ani goreng bihun. Iman kata, sedap Bihun Goreng Cik Ani.
Selain Bihun Goreng, Cik Ani jugak masak Nasi Goreng Cina. Sekarang ni, selain Roti Jala Jelita, Cik Ani jugak ambil tempahan makanan lain macam Bihun Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng, Nasi Ayam Kunyit, Pulut Kuning, Sandwich dan apa jer la orang mintak, Cik Ani akan cuba memenuhi permintaan pelanggannya.
Pagi tu, Sk tiga beranak, sarapan di kedai mamak aje dan terus ke Mydin beli barang sikit. Kemudian, kami ke Aeon Bukit Indah beli kek, balik rumah, baru jam 12 macam tu, tapi lapar pulak, agaknya habis tenaga ke Mydin tu 😝. Dah janji nak buat parti pukul 2, jadi, untuk alas perut, Sk gorenglah Crab Rangoon. Pukul 2.15, baru sampai rumah Cik Ani, dia dah siap goreng nasi dan bihun dan baru nak buat Sandwich. Sk dan Iman, tolong siapkan meja. Rombongan dari Senai, belum sampai lagi. Biasalah, janji Melayu.. hahaha.
Pak Inche dan Iman kan tak makan Sandwich Tuna, jadi, Sk buatkanlah Sandwich Telur ni beberapa keping. Memang Cik Ani ada buat inti telur tu, tapi tetiber dia malas nak jadikan sandwich, hehehe.
Sambil buat Sandwich Telur sambil goreng Karipap Pusar Frozen. Sedap betul karipapnya, inti penuhhhhsss! Eh, nasib Cik Ani tak beli yang inti sardin.
Terlajak rajin, siap ada bakar-bakar. Che Li la tukang bakarnya, tukang bakar dari Senai, belum nampak bayang. Lupa pulak nak ambil gambar masa Che Li tengah kipas lipas api.
Selamat Hari Jadi, Cikwa.. Semoga diberi keafiaatan, dipanjangkan usia, berbahagia dan sejahtera selalu.
Ibu yang mabuk sembilan bulan ketika mengandungkan Cikwa. Ah, semua anak la ibu mabuk sampai hari nak beranak, huhuhu.
Untunglah budak-budak sekarang dapat mak sedara boleh buat geng. Zaman Sk dulu, jangan kata mak sedara, kakak sedara pun cengih, hahaha.
Parti.. parti.. Eh, tiber ada orang tu bakar ayam nak makan sendiri.
Macam selalulah, Angah soh buat gambar campak belakang. Iman kata, semua muka sama jer lagi, yang berubah cuma Zulaikha jer, hahaha.
Ishhhh..semua makanan sedap².
ReplyDeleteGambar campak belakang tu, Iman dengan Zulaikha lain sikit. Iman nampak kurus sikit muka. Makin chantekkkkk.
Betul la Jaja..
DeleteMuka Iman macam semakin berseri ja...ada apa2 ka🤭
Menu simple je untuk celebrate tapi nampak sedap, nak pulak makan ramai-ramai macam tu. Selamat hari jadi Cikwa, semoga dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteEh saya suka karipap sardin cuma tidak banyak orang jual. Sejukbeku pun susah jumpa.
ReplyDeleteDua tiga kali skroll atas bawah, tak nampak muka SK. Apasal SK sebut karipap sardin...haaa kan kita dah teringin nak makan. Nak cari kat mana ni huhuhuu.
ReplyDeleteHappy birthday CikWa....
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun Cikwa..Suka tengok manis wajah Cikwa..
ReplyDeleteMemula ingatkan yang tudung hitam tu Iman..Eh,sekali muncul wajah Iman pada pic akhir...iras betul mereka berdua
Alhamdulillah..tahun ni dapat berkumpul kembali celebrate birthday Cik Wa nya. Perasan jugak harga kek dah naik dah. Senyap senyap naik harga. Nasib baik sedap. Choc indulgence kegemaran ramai. Happy Birthday Cik Wa. A'ah lah, tak berubah masing masing. si kecil je dah membesar.
ReplyDelete