Assalamualaikum wbt
BALIK kerja semalam, Sk singgah pasar malam. Bukan saja-saja, tujuannya nak beli seluar slack untuk Iman. InsyaAllah, bulan hadapan, Iman akan menjalani istiadat konvokesyen. Jadi, hari mengambil jubah tu, naklah pakai pakaian yang elok sikit, takkanlah nak pakai seluar jeans pulak. Iman kata, seluar-seluar lama dah tak lawa. Lagipun, semuanya warna hitam, nak cari warna lain pulak. Bagus tau seluar slack yang jual kat pasar malam tu, walaupun tak berjenama, tapi berkualiti, murah pulak tu. Yang penting, ada plus size.
Lepas beli seluar, Sk terus ke gerai biasa Sk singgah. Apalagi kalau tak membeli cekodok. Macam selalu, beli RM5. Belum pun separuh perjalanan balik, dekat 10 ketul jugak masuk ke mulut, hahaha. Sk dah agak dah, Pak Inche pun singgah pasar malam jugak dan beli cekodok yang sama, RM5 jugak. Hurmmm.. macam kecik sikit saiz cekodok ni. Tapi bilangannya, tak pastilah masih sama macam dulu ke tak, tak mengira pulak, hahaha. Kita faham, bulan Julai ni semua benda naik harga, kan.
Beli Lempeng Sambal Tumis dua set. Satu set, SK makan petang, sekeping bagi Iman. Satu set lagi, Iman buat makan malam. Sk singgah dua gerai tu ajelah. Tak sanggup nak jalan sampai ke hujung. Bukan pasal pasar malamnya panjang, tapi takut duit habis, hahaha. Pak Inche pulak, beli Laksa Penang sebungkus dan Cempedak Goreng, RM10. Tak pastilah berapa ulas cempedaknya, main suap aje ke mulut. Siapa cepat kunyah dan telan, dapatlah makan banyak, hahahaha.
semalam pergi nilai jumpa kawan,nampak pasar malam..ingat nak singgah tapi macam segan plak
ReplyDeleteJemput2 dan lempeng, makanan asasi jaman kanak2 dulu
ReplyDeletePergi pasar malam, nampak semua makanan rasa nak beli. lepas tu tak habis, menyesal beli. hihi
ReplyDeleteSaya tak cukup kalau makan lempeng sekeping jew... mau 3 keping atau lebih hihihiii.
ReplyDelete