Assalamualaikum wbt
CERITA hari Sabtu pulak ni, nak kena padam gambar-gambar melambak dalam folder. Maklumlah, orang ada ciri gangguan mental macam SK ni, yang suka ambil gambar makanan, hahaha. Snap.. snap.. snap pic, tapi kena syndrom writer's block pulak.
Balik dari
Makan di Rusim Kitchen, kami tiga beranak ke Caribbean Juice Bar di Puteri Habour. Teringat, Sabtu pagi, Cikwa ajak Iman teman dia ke Pertandingan Bola Jaring di Velodrom Iskandar Puteri, tapi Iman kata, nak gi Melaka, hahaha.. Melaka la sangatttt. Kenangkan Cikwa dah nak balik KL, Sk ajaklah dia ke CJB ni. Kebetulan, dia pun dah habis bertugas.
Cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Tengah berkira-kira, nak buat pesanan atau tidak. Karang kopinya tawaq habiaq la kena timpa hujan, kan. Port dah baik punya, mengadap tasik sambil layan muzik.. hurmm.. tasik ke ni??
Tak larat nak naik tangga dan duduk bertenggek kat atas tu. Fikir-fikir, ahhh.. ni hujan acah-acah jer. Jadi, soh Iman buat pesanan.
Sementara tunggu pesanan siap, foto-foto duluan.. sekali.. jemuran hujan turunnnnn daaaa.
Tak dapatlah minum-minum sambil tengok pemandangan. Tenung ajelah dinding besi ni.
Memang dah beberapa hari, asyik hujan. Kalau tak hujan, mesti best la lepak kat luar, haha.
French Press with Milk. Dia kata, tunggu 10 minit, tekan batang besi yang ada bebola hijau tu, baru tuang kopi dalam mug yang telah diletakkan susu putar. Kopinya... hurmmm.. nyesal.. baiklah Sk pergi
The Coffee Bean & Tea Leaf.
Sebenarnya, persekitaran tu yang menghampakan. Apa nak buat, dah hujan, kan. Sebenarnya, ada satu tempat berbumbung ala khemah di luar tu, tapi bos dorang duduk. Boslah kot, sebab dia tolong alihkan chair bag masa hujan. Bagilah pelanggan duduk situ.. haishhh.. sabar ajelah.
Nice Cream Bowls, ada tiga pilihan iaitu Munchies, Natty Coco dan Biscoff. Sk pilih Munchies. Kaya dengan rasa pisang sebab dasarnya pisang dan koko. Yang ni sedap, lah dan Sk suka tengok dihidangkan dalam tempurung macam tu.
Caribbean Juice Bar
Sandy Beach,
Puteri Harbour, 79100 Nusajaya, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin.
Coffee x best ye...takpe la asalkan yang dalam tempurung tu best SK
ReplyDeleteMakanan atau minuman tidak sedap buat rasa menyesal datang.
ReplyDeleteTakpelah cuba persekitaran dan berharap satu hari makanan/minuman dipertingkatkan.
Tempat dan view cantik dah tu. Sayangnya hujan pulak. Maknanya kena datang lagi tu. Hehehe...
ReplyDeleteNasib baik dinding besi tak tembung ditenung!
ReplyDelete