Assalamualaikum wbt
SATU kepuasan betul dapat makan Lontong Raya, Jumaat lepas. Bayangkanlah, kami dua beranak, dua kali ulang makan dalam tempoh empat jam. Tu, nasib baiklah kali kedua tu, dah wassalam, kalau masih ada baki lagi, mahu mengulang jugak buat kali ketiga. Tu pun, malam tu, Sk mengulang makan nasi impitnya sahaja dengan lauk Kari Ayam Bersantan. Esoknya, Sk tengok ada sebiji lagi nasi impit, sayang pulak, jadi, Sk cicah dengan Serunding Daging Terengganu yang Kak Maznah bagi, hihihi.
Teringatlah dulu-dulu, setiap kali raya (pertama), mesti ada ketupat dan masak lodeh serta lauk pauk raya dihidang setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah, Masa tu anak-anak saudara arwah abahlah yang ramai datang. Lepas aje tetamu balik, kami pulak ambil giliran duduk di meja, berulang-ulang makan selagi tak malam, hahaha.
Walaupun dua kali mengulang makan lontong tu, tekak tetaplah rasa nak mengopi dan mengekek. Boleh jer nak bancuh kopi sendiri di rumah, tapi feel tu lain. Kakinya pulak, rasa gatal jer nak tekan minyak, hahaha. Selesai membuat Crab Rangoon, Sk ajak Iman keluar. Mula-mula kami ke BBU Bussiness Centre, kononnya nak cari baju untuk konvo Iman. Tapi, rupanya, kalau bukan musim raya, tak banyak pilihan yang ada. Tu takpa, bila kami masuk Butik Plus Size, yang tinggal saiz yang terlalu besar. Seorang staf dari salah sebuah butik tu beritahu, ada ramai yang saiz macam Iman, sebab tu susah nak dapat saiz baju yang Iman nak sebab dah habis dijual masa raya.
Tak apalah, kami pun cuma nak survey aje, gituh. Masih ada masa sebulan lagi untuk dapatkan baju. Dari BBU, Sk memandu terus ke Larkin, tujuannya kali ni nak mengopi di Belly Treats. Banyak kali nak ke sini, tapi, kadang tu dah kenyang makan tempat lain. Walaupun lokasinya dekat dengan pejabat Sk, tapi belum pernah sekali pun jejak kaki di sini. Ada beberapa pelajar dari Program Pembuatan Pastri pernah membuat latihan industri di sini. Yang sekarang sedang dalam latihan pun ada, cuma tak kenal muka dorang, dah sekarang masing-masing bertopeng, kan, hehehe.
Iman minum Caramel Cappuchino Ais. Sk cam biasalah, Hot Americano.
Setiap hari kecuali Isnin
10 pagi hingga 6 petang
saya suka cold americano... bila iman konvo?
ReplyDeleteinsyaAllah, bulan 8 :)
DeleteWow.. sy jarang teliti mcm tu sekali tgk kek.. hehe... Yang pentinggg, seedapp kan..
ReplyDeletemasuk sini kalau xde makan² x sah... hehehehe
ReplyDeleteSaya lagi la tak tahu camana sesuatu kek tu boleh jadi bantat. Makan je tahu.
ReplyDeleteTakpe rajin tekan minyak cari kek dan kopi.
ReplyDeleteHehe aduh kena nasihat siapa buat kek bantat.
air cappuchino tu .....!! menarikkk gila! lately ni hari2 mcm kena minum air camtu ar...risau gak ni :D
ReplyDeleteHahaha....depa kena berguru dulu dgn SK ni...kaup balik tepung pun belum lulus tu..
ReplyDeleteBila dak Iman konvo?
bulan 8 ni, Mak cella, hehe
DeleteWah, SK memang pakar mengekek. Habis dibedah siasat segala kaup balik dan sebab musabab bantatnya.
ReplyDeleteDah nak convo Iman erk...Dania baru nak masuk Kolej nanti intake December
ReplyDelete