TAPAU MANDHI LAMB RESTORAN ZAITUNA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

BEBERAPA minggu ni, banyak sungguh kerja di pejabat. Dah nama kerja memang tak pernah habis, kan. Cuma sama ada boleh buat santai-santai atau mengejar deadline. Kalau santai-santai tu, bolehlah pelan-pelan siapkan. Kalau tulis jumlah hutang pelajar, jangan nak menyambil-nyambil, takut salah tulis, jadi cerita lain. Kena baca balik berulang-ulang, sama tak nilai dalam angka dengan nilai dalam perkataan, sampai kero mata dibuatnya, hahaha.



Kelmarin, tapau Mandhi Lamb dari Restoran Zaituna. Rasanya, dalam banyak-banyak restoran masakan Arab di JB ni, Nasi Mandhi di sinilah yang paling menepati selera dan tidak mengelat. Kali ni puas hati betul sebab kambingnya besar, puaslah mengembek tiga beranak, hahaha. Kononnya nak makan separuh-separuh sebab selalu tak habis makan sekotak tu. Sekali, habis, licinnnnn terus, hahaha. Pak Inche kata, agaknya sebab lama tak makan, hahaha. 



Sk kurang gemar manisan arab yang lain, tapi kunafa mesti beli cuma kali ni beli seketul aje, berkongsi dengan Iman, sebab selalunya tamak ambik sorang satu tapi makan separuh jer, lepas tu simpan dalam peti sejuk berhari-hari. Lepas masukkan kunafa dalam bekas ni, abang arab tu tanya Sk, "Do you want to drizzle sugar water?" Sambil gayakan tangan tengah drizzle atas kunafa. Hah?? Terkejut Sk, tak pernah pulak beli kunafa dorang drizzle air gula. No no.. enough... , jawab Sk. Macam dah cukup manis jer, nak air gula bagai, haha. Cerita kat Iman, Iman kata, kan sekarang viral, dorang drizzle air gula atas kunafa cam kat KL tuuuuu. Eh, nak manis cemana lagilah orang-orang ni ek??? Nampak cam bihun pulak gambar ni. Tapi memang macam terlebih garing la bahagian atas tu. Tulah agaknya dia nak letak air gula, bagi lembut sikit kotttt.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nasi arab lauk kambing...dgn desert sekali....jarang beli kunafa sbb manehh...suka tengok koleksi pinggan Port kt sini...hehe..

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try jugalah beli tapau nasi Mandy kat sini.. melampau tengok sedap dia tu..

    ReplyDelete
  3. Wah, ini memang dah betul-betul nampak suasana arabnya!
    Tak ingat, pernah ke makan kunafa. Biasanya makan baklava tapi sikit jew, sekadar merasa sebab manis sangat.

    ReplyDelete
  4. Mantap nampaknya nasi Mandy tu... Lama dah rasa x makan Arabian food ni 😋

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lamb mandhi tu..SA suka texture lamb macam tu..sodap...

    ReplyDelete
  6. aduhhh nampak sedap mandhi lamb tu..dah la berapa hari ni teringin bebenor nak makan nasi arab..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!