Assalamualaikum wbt
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Niat dan Hijrah Kerana Allah
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat.
2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).
3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.
4. Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.
5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.
6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.
7. Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.
8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.
Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai.
Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444.
*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
30hb Julai 2022
01hb Muharram 1444H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Niat yang baik dan ikhlas akan mendapat ganjaran yang baik. Semoga setiap penghijrahan kita ke arah kebaikan itu akan membawa kita lebih Taqarrub kepada Allah SWT. Aamiin...
ReplyDeleteSalam maal hijrah
ReplyDelete01 muharram 1444H
Salam Maal Hijrah SK, semoga yang baik-baik untuk kita semua ye...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah SK, semoga dipermudahkan segala urusan ., aminn
ReplyDeleteIngin berhijrah dari dunia 'bawang'. Mudah-mudahan tercapai hasrat.
ReplyDeleteSALAM MAAL HIJRAH 1444 HIJRAH
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah SK. ^^ semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berubah
ReplyDeleteSama2 kita istiqomah dalam melakukan kebaikan dan tingkatkan keimanan
ReplyDelete