Assalamualaikum wbt
TERIMA Kasih Blogger Jaja
DAPAT kiriman Kek Rampai Sari atau Kek Bunga Rampai dari Pemilik Blog Confession Of Mine, Jaja. Blogger Jaja juga merupakan rakan facebook Sk. Tak sangka, campak mata kail pada komen post Kek Bunga Rampai Mak Cella, mengena, hihihi.
Ghisau sebenarnya takut jika kek kiriman Jaja jadi bahan perapan di syarikat penghantaran. Syukur, ia dihantar kurang 24 jam selepas ianya dipos.
Sampai rumah, terus potong. Sekali pandang macam Nasi Hujan Panas. Hari tu nampak gambar di blog Mak Cella, Sk fikir, macam mana nak jadikan warna tu berbintik-binti macam coklat rice. Bila disuap ke mulut, rasa lemak-lemak kelapa.
Google resepi, memang betullah ada penggunaan kelapa. Dan rupanya rupanya yang demikian adalah kerana penggunaan kelapa yang diwarnakan dan diadun bersama.
Potong-potong, buat sarapan dalam perjalanan ke pejabat. Dapat juga jamahkan kawan-kawan, jamahkan ibu dan adik-beradik. Ibu kata, sedap keknya. Orang lain bagi jamah-jamahlah ya, Sk nampaknya yang makan paling banyak. Eh, Pak Inche pun makan banyak jugak tau. Sedap keknya, lembab-lembab, tak kering, tak terbekik bila makan. Tapi, nak jugaklah ada kopi panas, baru ada feel makan kek orang dulu-dulu ni, kan.
Terima kasih, Jaja kerana sudi hantar kek pada Kak Sk. Semoga Jaja sekeluarga diberi keafiaatan dan kesejahteraan oleh Allah swt dan sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat lagi halal, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Wah, ada kek lembab-lembab! Tak cukup tu sepotong masuk mulut. Mau lebih 3 potong baru puas makan. Lepas tu tolak ke perut dengan minuman panas. Walllaaa....
ReplyDeleteSuka tengok warna-warnanya tu kak. Serius. Menarik sangat.
ReplyDeleteSA kalau kek org dulu2 ni suka gak yang lembab2 dan x tercekik bila makan...alaaa...tgok dah teringin plak...mana plak nak cari ni
ReplyDeletewahhh serius nampak cantik dan sedap kek dia!
ReplyDeleteRasanya PH pernah buat kek ni, tapi namanya lain. Nantilah godek-godek kot terjumpa rsesepinya hikhik...
ReplyDeleteKek mcm ni regu dgn kopi memang terangkat SK kan.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteSamalah ngan saya bawa gi tempat kerja dan panjangkan rezeki tu kepada rakan-rakan agar pahalan berpanjangan kepada Jaja dan keluarga.
Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Jaja dan keluarga...
Harum kan keknya..
Semoga lepas ni kek tu merentas Laut China Selatan pulaðŸ¤
Alhamdulillah atas doanya kak. Terima kasih sudi merasa kek kiteeee. Hihihi
ReplyDelete