Assalamualaikum wbt
BERKORBAN apa saja, Harta ataupun nyawa, Itulah kasih mesra, sejati dan mulia...
Dah jadi kewajiban, setiap kali giliran berhariraya di Johor, Sk akan memasak rendang daging untuk Pak Inche. Tapi, takkanlah nak buat untuk Pak Inche ajekan, kali ni buat dua kilo jer daging. Kalau raya puasa, mahu lima kilo, baru puas makan.
Stail Sk masak rendang ni, ikut macam ibu iaitu dengan melebur semua bahan kisar, santan dan daging dalam kuali sekaligus. Apabila rendang sudah separuh kering, barulah dimasukkan kerisek. Kerisek tu, Sk beli siap di kedai, sebelum masukkan cium hidu dulu, tengik tak baunya. Sejauh ni, jaranglah Sk beli dapat kerisek yang tengik. Tak rajin nak buat kerisek sendiri, dah ada yang mudah, kan. Cuma, santan kelapa, Sk perah sendiri sebab serik pengalaman sebelum ni dapat santan basi. Tak mahu guna santan kotak, sebab hasilnya tak sama.
Sk juga masukkan sebuku kecil gula melaka ketika proses memasak. Daun kunyit dah dibeli awal-awal, minta Iman cuci, lap dan hiriskan, kemudian disejukbeku. Jadi, bila rendang dah tiga perempat kering, terus masukkan jer daun kunyit tu. Sambil masak rendang ni, terfikir penatnya orang dulu-dulu menyiapkan bahan nak masak rendang. Masa memasak tulah nak menggiling bahan, nak memerah santan, sebab tak ada tempat menyimpan, kan.
Selamat Hari Raya Haji juga untuk SK dan semua pembaca..
ReplyDeleteRendang style lebur semua tu baru betul-betul " merendang " namanya..
Saya lebih suka makan rendang versi lebur tu tapi time nak masak memilih rendang tumis sebab saya
" pemalas"ðŸ¤ðŸ¤£ðŸ¤£
sedapnya rendang daging tu. Selamat Hari Raya AidilAdha untuk akak sekeluarga :)
ReplyDeleteSelamat hari raya korban kak. Saya pun kalau masak rendang memang buat style lebur gitu. Senanggg ðŸ¤
ReplyDelete