KARI IKAN KACI KOT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

AHAD lepas, Pak Inche dengan Iman, dua beranak, meronggeng ke Pasar Tani. Biasanya, Pak Inche pergi seorang aje, tapi kali ni, Sk suruh Iman ikut, tolong babahnya bawa barang-barang. Sk pesan beli daging dan bahan-bahan untuk masak rendang sempena Aidiladha, Ahad ini. Tapi, tahulah Pak Inche, suruh beli daging, silap-silap,sekor lembu dia bawa balik, macam dalam satu iklan raya tu, hahaha. Terkejut Sk bila diberitahu, daging sekilo RM47. Rupanya, dia beli daging batang pinang. Tapi, memang mahal giler laaa. Tapi, sayanglah daging batang pinang nak buat rendang. Pak Inche kata, kalau macam tu, nanti beli daging lain untuk rendang. Haaa.. baiklah. 

Selain daging, ada juga ikan tiga potong, kembong empat ekor dan udang. Malam tu, masa makan Nasi Lemak Kayu Keramat, Pak Inche cakap, dia tak tahu tu ikan apa. Macam merah tapi bukan merah, sampuk Iman. Sk cakap, agaknya kaci. Dah balik rumah, Pak Inche tunjuk ikannya yang dah diletak dalam bekas, sah, memang ikan kaci. Memang ada tiga keping aje masa beli tu, cerita mereka. Mereka pulak, tak bertanya, itu ikan apa.

Masa nak masak tu, baru Sk perasan, rupa dia tak sama macam ikan kaci yang biasa Sk masak. Pernah jugaklah beberapa kali beli ikan kaci, kan. Tengok ekor dan rupa kulit yang dah dibuang sisik tu, macam ikan kerapu pun ado, hahaha. Matilanakkk dah 47 tahun hidup pun tak kenal-kenal jenis-jenis ikan. Tapi, masak tetap masak. Bila makan, tak pulak rasa macam ikan kerapu, isinya berkeping-keping macam ikan kaci. Tapi, kulit dia liatlah. Ikan kaci kulit liat ke? Ah, lantakkkkk.. hahaha.

Dua malam berturut-turutlah makan lauk kari ikan ni. Pak Inche, kalau ada kari, ada sambal belacan dengan ikan goreng, memang layan la sampai habis. Bertabahlah anak bini. Iman makan kuah aje dengan Telur Mabuk. Sekarang ni pandai memilih ikan nak makan. Malam semalam, makan Lempeng Sambal Tumis Pasar Malam aje. Nasib siangnya, dia dah makan nasi dengan lauk Asam Pedas Daging. Asam Pedas Daging tak ada entri, malas, gambar pun tak ambik, heheheh.


Suruh Iman goreng Sayur Sawi Pak Choy. Pergi Maslee, beli cili hidup nak buat sambal belacan, daun kunyit untuk guna masak rendang raya haji nanti dan bendi untuk masuk dalam kari. Nampak Sawi Pak Choy, belilah sebungkus. Pak Inche pulak balik kerja singgah pasar malam beli Tauhu Sumbat, Kacang Tanah Rebus dan Kacang Kuda Rebus. Tu takpa, dia beli lagi cili hidup, tomato dan daun kunyit. Iman mengadu, lenguh tangan hiris daun kunyit banyak-banyak. Sk suruh hiris dan sejukbekukan, senang nanti nak masak rendang tinggal campak.


Kemahenlah banyak serbuk kunyit Iman bila disuruh perap ikan kembong untuk digoreng. Dah macam berbedak pulak ikannya. Nasib baiklah serbuk kunyit tu tak jadi pahit. Sk guna serbuk kunyit Cap O. Memang sekarang, segala rempah suka cap O, lepas diperkenalkan kakak ipar, Kak Roz. Pak Inche kata, besar-besar ikan termenung kat Johor, tak macam kat Kedah, kurus-kurus, haha. Memang pun, kalau kat Kuala Ketil, ikan semua kecik-kecik sampai jenuh nak pilih tulang. Kalau ada pun yang besar, siakap jer la. Kak kalau ada siakap, memang terus feeling-feeling masak macam restoran, hahahaha.

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau balik Kuantan, emak saya suka juga masak ikan kaci ni. di sana tak mahal harganya.

    ReplyDelete
  2. Allahu sedpa plak tengok kariikan tu..x kisah la ikan apa SK janji sedap kan...ikan goreng last sekali tu pun nampak seksi...laparrrrr

    ReplyDelete
  3. Semalam pn is3 wak pun masak kari kepala ikan kaci
    ditambah bendi, dah tak payah masak sayur

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!