MEE GORENG MAMAK KAYANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt


HARI Ahad lepas punya lepas, Pak Inche kata, malam makan McD aje. Biasanya kalau makan McD tu, maknanya take away la, lagi syiok makan kat rumah, kan. Jadi, lepas Sk balik kerja, terus ke McD Educity tapi, kan.. lepas tapau McD, ada orang tu kata, jom kita makan Roti Telur kat Assalam The Kedai Mamak (ATKM). ATKM ni sebelah aje dengan McD tu yang orang tu tergoda, hahahah.


Sementara tunggu pesanan sampai, Sk layan aiskrim dulu, la. 


Sk makan Mee Goreng kongsi dengan Pak Inche.


Adegan kutuk mengutuk siapa makan banyak dan siapa lebih gemuk.


Eh.. Hari isnin kelmarin, pergi lagi Kedai Mamak Kayangan ni, kali ni berdua dengan Iman aje, Iman kata, nampak Mee Goreng bonda hari tu macam sedap sangat.


Tapi, masa ni, lambat pulak mee gorengnya. Iman punya Ais Jelly dah cair dan teh tarik Sk pun dah tinggal separuh. Pelanggan pun penuh sampai tak ada meja kosong dah. Semua nampak baru balik kerja macam Sk jugak.


Setelah lama menunggu, akhirnya nampak berpinggan-pinggan mee goreng keluar dari dapur. Agaknya dia gorrng banyak-banyak sekali arung dan kumpul pesanan.


Rasa mee gorengnya maintain sedap. Melambak mee goreng Iman.


Sk pesan Kuey Teow Goreng, sedapppp!


Tapau sekali untuk Pak Inche. Pak Inche pulak tapau Murtabak dan Lopes Pasar Malam.


Murtabak dan Lopes. Jamah murtabak aje, lopes tak makan sebab merajuk Pak Inche beritahu dia nak kena pergi out station. Eiii.. nyampahs!



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kedai mamak moden ni. Sedap pulak tengok menu dia

    ReplyDelete
  2. Rajin betul mengulang semula tempat makan. Hehe sebab teringat-ingat kesedapan ya?
    Merajuk sebab tidak boleh ikut ke?

    ReplyDelete
  3. Adoi terliur pulak tengok mee goreng tu kak.. sungguh.. aarghhh.

    ReplyDelete
  4. Tudiaaa...jelingan mata PI...hihihi..
    Dak Iman pun makin berseri sungguh...
    🥰

    ReplyDelete
  5. Kayangan sungguh tengok luaran resto ni. Ala reesto exclusive. Besar portion mi dan kuetiau dia. Sedap for sure akan repeat lagi dan lagi. Merajuk pun makan jugak kan lepas tu? :p

    ReplyDelete
  6. Laaa....kenapa plak merajuks ni...amik cuti and ikut Pak Inchek SK...jangan merajuk...mee goreng kayangan tu berapa harga sepiring?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!