PULUT KUNING, RENDANG DAGING & KARI AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

Hari ini kena bertugas untuk Majlis Konvokesyen yang bertempat di Kampus Induk KYPJ Kulai, tapi sempatkanlah jugak siapkan kerja rumah sikit-sikit termasuk melipat kain dua bakul 😅 Sebelum keluar, kita post satu entri dulu.


Kisah semalam.. buat Pulut Kuning bagi menunaikan hajat mak-mak.

Kari Ayam.
Ayamnya digoreng separuh masak dahulu oleh Ilham. Karinya dimasak oleh menantu mami 🤭


Rendang Daging.
Cili kering dan daging dah siap direbus oleh ibu. Sk siapkan pes dan merendang. Angah beli santan segar dari pasar peladang.


Siap semua lauk pauk, barulah Angah mula memulut kuning.


Bahagian pembungkusan diserahkan kepada Cik Ani. Kebetulan Angah ada tempahan telur pindang, jadi boleh la bagi telur sorang sebijik selagi stok masih ada 😆

Syukur, Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak juga telur pindang tuuuu...

    Musim konvo yer...Semoga semuanya dimudahkan urusan .
    Iman bila daftar UTM?

    ReplyDelete
  2. Telur pindang ada lebih SK? Lama tak makan ni :p

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Lama tak makan pulut kuning

    ReplyDelete
  4. Ada telur pindang! Lama tak makan.
    Lauk rendang dengan kari ayam memang ngam betul makan dengan pulut kuning.

    ReplyDelete
  5. Sodap ni rendang dengan pulut kuning. Rindunya nak makan telur pindang johor.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!