BERCUTI TIGA HARI DUA MALAM DI MERCURE PENANG BEACH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


BERCUTI ke Pulau Pinang kali ini, kami memilih menginap di Mercure Penang Beach, Tanjung Bungah. Gambar ni diambil masa check-out, update guna handphone, malas nak susun semula. Jadi kita buat caption ikut gambar jer la senang 😆.


Banyak kali dah datang sini sejak ia mula dibuka dulu dengan nama Four Points By Sheraton. Suka duduk sini sebab dekat dengan bandar dan di tepi laut pula.


Tiber gambar sarapan hari kedua ni pulak yang masuk dulu. Ramai guest terkesima bila nampak gelas yang Sk tatang ni. Pak Inche pun minta buatkan juga. Staf cafe pun terkejut tengok, hahah. Kombinasi berries dan original yogurt bersama buah-buahan dalam gelas yang Sk buat sendiri. Sebenarnya dulu di kafe ni, mereka letak yogurt dalam botol-botol kecik kali ni depa boh semua dalam mangkuk besar kita ceduk sendiri. Sk ceduk masuk dalam gelas untuk jus.


Hari kedua ada Kuey Teow Goreng. Cili jeruk tu macam tumpah gula.


Ni pun sarapan hari kedua, Penne Pasta ala marinara, omelete, ratatuille, hash brown dan sosej ayam serta jus oren.


Ni sarapan hari pertama. Malas nak bangun banyak kali, kita kahwinkan terus nasi lemak dengan bihun goreng putih.


Sarapan hari pertama, hidangan pertama. Omelete, penne pasta ala carbonara, tomato with cheese, salad, sosej, chicken ham, kacang panggang dan buah-buahan serta cafe latte.



Bila Pak Inche ajak ke Penang, Sk minta nak duduk hotel ni. Pak Inche request bilik seaview kena tambah RM50 agaknya pasal cuti sekolah, kan. Dulu-dulu kalau ada kekosongan boleh dapat tanpa dikenakan bayaran tambahan.




Mula terkejut jugak kenapa tak ada mineral water, rupanya sekarang dah upgrade ada air 3M. Tapi tak disediakan gelas, cuma ada mug untuk coffee and tea.


Pemandangan dari dalam bilik kami di aras dua.


Katil bersaiz raja, nak terguling 10x pun boleh.


Suka tengok deco sempena hari natal kat tiang ni, kreatif!


Patutnya, gambar ni la yang keluar dulu, agaknya salah klik, kena klik last sekali kot, huhuhu.

Now.. tengah lipat kain baju kat rumah, hahahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..merpati dua sejoli dah balik ke sarang..Merpati dua sejoli kat LD akan terbang ke Tanah Suci Mekah pula..
    Semoga semuanya dalam rahmat dan barokah Allah🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  2. Samalah kita SK, tengah lipat kain menggunung hihi...
    Sy pun impress tgk yoghurt +buah2 dlm gelas tu :)

    ReplyDelete
  3. Amboi..honeymoon sempena apa ni erk...mana gerangan anak dara kesayangan tu...

    ReplyDelete
  4. cantiknya pemandangan dekat hotel ini. Saya baru plan nak pergi penang bulan depan nasib baik tengok blog ini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!