Assalamualaikum...
TUJUANNYA nak makan di tempat lain, tapi tak perasan dah ada pemberitahuan di page fb, kedai ditutup awal minggu ini kerana kekurangan staf. Jadinya, nak ke mana ya? Kita singgahlah ke Mana Cafe, dulu dikenali sebagai Singgah Selalu. Warga JB dan Singapura, tentu tahu Singgah Selalu, nama Mana Cafe pun sekarang semakin diterima, buktinya kalau datang malam, tak pernah tak ramai.
Seorang pekerja membawa sebekas kacang rebus dan sebakul pepes. Sk menolak kacang rebus sebab trauma dengan harga kacang rebus di pasar malam hari tu. Ambil pepes sebab dari hari tu Iman cari tak ada orang jual. Dah habis makan, terkejut dengar harga RM12 sebakul. Kami pulak lupa nak kira ada berapa bungkus pepes dalam bakul tu. Trauma lagi!
Pak Inche pesan Tauhu Bakar. Sedap tauhunya lembut, sosnya pun sedap.
Iman dah bertukar arah dari penggemar Spaghetti Bolognese ke Spaghetti Carbonara. Dah beberapa kali dapat bolognese rasa tomato sos, jadi dia trauma, haha.
Lama giler nak tunggu makanan lain yang dipesan sampai ke meja termasuklah Pau Goreng Cicah Kari ni. Mungkin paunya belum kembang lagi. Kuah karinya lebih sedap dari selalu, berasa karinya.
Antara makanan kegemaran Pak Inche, Cantonese Kuey Teow. Dua genggam dia tuang cili padi potong.
Banyak kali dulu ke Singgah Selalu nak makan Sup Ekor Goreng, tapi tak ada rezeki. Masa dia dah pindah Puteri Habour ni pun pernah cuba sekali, tapi tak ada. Kali ni, Alhamdulillah, ada dah Sup Ekor Goreng ni.
Ekor Goreng. Ni bukan goreng begitu saja tapi dimasak dengan bahan istimewa rasa.
Makan dengan sup. Sup dia pun dah sedap sangat sampai tak berhenti menghirup. Lain kali nak datang lagi makan dengan nasi putih, hihi. Tapi tu la.. lama betul tunggu makanan sampai, jenuhhhh.
Tertelan ailio tengok gambar ni. Semua sedap, dari ekor goreng sampailah supnya, sedap sangat. Kalah sup ekor di Restoran Senoko, tau. Ada dua saiz, yang kami ambil ni saiz kecil, RM25. Saiz besar, tak tahulah berapa, tapi tak kisahlah sebab sedap, kan. Hurmmm.. Kena singgah selalu ke macam mana ni??
Dalam trauma-trauma pun dah niat nak datang lagi tu...ðŸ¤
ReplyDeleteKuat betul penangan sup ekor goreng tu...
Saya belum pernah jumpa
Kita belum pernah singgah lagi makan sini Kak.. Owner dia yang Datin Fifi tu, makeup Yana masa majlis bertanding hehehehe..Cantik orangnya, sangat humble..
ReplyDeleteSinggah selalu boleh tapi lagi afdal kalau ada SA sekali...hahahahaha
ReplyDelete