MAKAN DI KEDAI NASI KERABU CIKGU SITI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


LEPAS beli Durian Crepe dari Kedai Nasi Kerabu Cikgu Siti, baru tahu bahawa kedainya tu dibuka dari pagi hingga petang. Jadi, memang dah berhasrat la, bila-bila nanti bolehlah makan kat sini.


Berkat zikir selalu macam pesanan rakan-rakan bloggers, akhirnya sampai jugaklah ke sini. Kena buat pesanan dengan mengimbas QR Code yang ditampal di atas meja. Di dinding kedai juga turut ditampal gambar-gambar menu.


Sk pilih Nasi Kerabu Kambing Meletop. Nasi Kerabu sedap dan tidak mengecewakan. Sambal pun mantap. Sk sebenarnya nak makan dengan Ikan Percik ke... tapi tak ada pulak, jadi, pilihlah kambing. Perapan kambing manis-manis macam sate. Kambingnya bahagian shoulder, Sk lebih suka jika kambingnya dibakar dan dihiris seperti Nasi Kerabu Usop yang Sk makan DI SINI.


Iman pilih Nasi Daging Air Asam. Daging direbus dan dihiris kemudian dicurahkan air asam. Iman ni, kalau makan ada air asam, dia akan curah terus macam asam pedas ya. Yang ni mujurlah dia rasa dulu sebelum curah, masin! Hahaha.


Nahhhh.. dagingnya habis, air asamnya sahaja tinggal. Tak sanggup ya rasa dia punya masin tu. Eh, terfikir pulak patutnya kena beritahu masa bayar tu, kan. Beritahu kat sini buat apa, huhu. 


Nasi Kerabu Cikgu Siti
17, Jln Anggerik Emas 1, 
Taman Anggerik Emas, 81300 Skudai, Johor

Waktu Perniagaan :
Setiap hari 8.30 pagi hingga 7.00 malam

No Telefon : 019-726 1661

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh,kita pun makan nasi kerabu la tengahari ni..

    Nampak sedap la nasi daging Iman tu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sy ada mkn ns kerabu last week... tp x puas hati sbb ada lg nasi kerabu yg lg sedap dpd nasi kerabu tu.. hehehe

    ReplyDelete
  4. nasi kerabu dia tu nampak sedap gila...sayang pulak ek air asam tu terlebih masin...potong stim

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan gambar sotong king.
    Haah hirisan daging lagi sedap.

    ReplyDelete
  6. Cantik gambar-gambar menu tu SK.

    ReplyDelete
  7. nasi daging air asam kerisik..terbaik!! nasi kerabu pun sedap..terliur dah ni...hihi..

    ReplyDelete
  8. Food plating dia menarik. Sedap tu boleh repeatlah nanti kan. Cakap pasal ayam percik, bestnya kalau ada masa kita teringin kan. Nampaknya kena datang lagilah. Next time kena bagitahu kalau masih masin lagi.

    ReplyDelete
  9. Sedap plak tengok menu tu semua...daging air asam tu ermmmm...dapnyaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!