MASAK DAGING LEMBU KORBAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

HARI yang sama, masa Program Ibadah Korban Kolej hari tu, selain dari menjadi peserta korban, Pak Inche juga menerima sumbangan daging korban dari Pejabat Menteri Besar Johor. Mungkin mereka juga buat program korban melibatkan staf pejabat MB. Pak Inche dapat sekotak daging yang Sk anggarkan 1 kilogram beratnya. Sk asingkan separuh dalam bekas lain. Daging korban bahagian Pak Inche, semua Sk bagi pada kawan, cleaner dan pengawal di pejabat Pak Inche.

Rezeki dapat bahagian daging yang berurat. Sk tak pasti dari bahagian lembu yang mana.


Selepas dihiris, ni jenuh nanti mengunyah nak bagi lumat.


Sk keluarkan penukul daging ni. Beli dah berkurun dari Kedai Eco tapi tak pernah guna.


Pak Inche mintak masakkan Daging Kicap. Daging Kicap yang dimintanya tu cuma daging yang diperap dengan kicap manis. Cara nak masak tu, panaskan minyak, kemudian goreng daging anggaran 10 - 15 minit, masukkan ajinomoto dan bawang potong bulat.


Mula Sk nak masak Daging Selasih atau Daging Kaprau, tapi tak jumpa daun selasih di kedai. Tanya Kak Imah, ada ke tanam pokok selasih di kolej, pun tak ada, dekat rumah ada, dia kata. Dekat rumah Sk, cari jugak kot hidup celah-celah rumput tu, jangan harap! hahahaha. Hurmm, belasah ajelah guna perencah daging bakar ni.


Daging Korban dengan dua jenis perapan.


Panaskan minyak, kemudian goreng daging, tutup kuali, biar daging empuk. Sk biar hampir 15 minit, kemudian masukkan bawang besar potong bulat dan cili padi, ada yang belah dua, ada yang campak sebiji, ikut dan, hahahaha.


Masukkan daun limau purut. Sampai sekarang keliru, dua helai daun limau purut kira macam mana, sebab satu tangkai daun tu ada dua helai, kan.. eh.. ke kira sehelai?? Hahahaha.


Campak cili merah dihiris pulak.


Tomato pun campak sekali. Garam gula asam semua tak yah masuk sebab dah siap dalam botol tu.


Biasa dah guna perencah daging bakar tu, tapi dagingnya Sk bakar dan cicah dengan air asam. Bila buat macam ni, manis la pulak rasa dia. Macam sate pun ada jugak, Tapi, sebab makan sekali dengan bawang dan cili padi, sedap.. cuma.. manis.. 


Ni Daging Kicap.. lauk sorang satu sebab citarasa tak sama, hehehe.


Tapi, masa makan, gabungkan dua-dua lauk dalam satu suapan, ternyata kombinasinya, mantap pakkkk!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ketuk2 tu jangan terpelanting pulak! hehe

    ReplyDelete
  2. dua2 sedap..apalagi bila digabung bersama, meletops rasanya..

    ReplyDelete
  3. aduh nampak sedapnya dua-dua menu tu

    ReplyDelete
  4. Tu diaa…siap ada main ketuk2 😀
    Sedapnya tengok hasil masakan Sk. Rajin masak dua jenis terus.

    ReplyDelete
  5. Agaknya daging yang berurat tu dari bahagian betis lembu.

    ReplyDelete
  6. orang disini dah taknak menu daging katanya malas nak cungkil gigi hahaha

    ReplyDelete
  7. Urat-urat ni buat sup bagi empuk sedap ni.Macam bahagian lengan @ betis lembu ja ni..banyak otot🤭
    Dah nama daging qurban tu sedap dia lain macam kan..

    ReplyDelete
  8. SK...kita ada petua nak lembutkan daging...rebus dengan air kelapa..atau amik 2 batang akar pandan...masukkan aje masa masak apa2 lauk daging...insyaallah lembut...kena rebus lama skit la..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!