SERBA MALAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

SEPATUTNYA kalau ikut perancangan, sekarang ni Sk tiga beranak sedang bercuti di suatu tempat. Tempahan hotel dah dibuat melalui Booking,com. Siapa yang biasa buat tempahan hotel melalui BC mesti dah faham terma & syaratnya, kan. Kira 'burn' sudah. Pagi tadi pulak, sepatutnya Pak Inche bertugas di Sri Pentas. Bertolaklah kami tiga beranak ke Kuala Lumpur petang semalam, Sk memandu dari rumah. Lima kilometer sebelum persimpangan Machap, telefon Pak Inche menjerit-jerit minta diangkat. Ada panggilan pulau, Pak Inche diminta berpatah balik, esok (pagi ni) ada tuntutan tugas yang lebih penting melibatkan VVIP. Tugas di Sri Pentas akan diambil alih staf lain.


Dua kali tak jadi makan Nasi Lemak 222. Ni singgah dulu makan nasi lemak dan minum ABC kat Taman Pulai Jaya.


Pukul 10 malam tadi, Sk meneman Pak Inche ke pejabat. Cetak proposal dan masukkan dalam envelope.


Nasib baik sebelum tu dah isi perut dengan Mee Tiau Goreng Wok Hei di Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim.


Ingatkan nak batalkan cuti dan masuk pejabat tapi malas, hahaha. Bukan saja malas kerja, nak masak pun malas, kita masak Telur Masak Lemak sajalah.. malas nak defrost ayam dalam peti ais. Kalau ikutkan, nak update blog hari ni pun malas tau. 

😆😆😆
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Badan dan otak tengah memberontak tu. Dorang nak tido kat katil hotel

    ReplyDelete
  2. Haruslah hilang mood, mental dah prepare nak bercuti tapi tak jadi pulak.
    Paling kena sabo, burn duit hotel.
    Apa pun, pastinya ada hikmah tu Sk.

    ReplyDelete
  3. Hei SK... ni kita seret bawa sini si mambang rajin hihihiii!

    ReplyDelete
  4. Samalah kita SK. Hari ni lewat sikit update blog sbb malas = takde idea nak tulis apa hehe

    ReplyDelete
  5. Moga Allah gantikan yang lebih baik daripadanya.

    ReplyDelete
  6. Pernah rasa malas macam ni gak...nak2 lepas kahwin ni macam kena rasuk malasnya tapi SA lawan

    ReplyDelete
  7. Orang hebat macam PI...jadi rebutan yer...
    Pasti ada hikmah PI tak jadi ke Sri Pentas..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!