Assalamualaikum WBT
DAH masuk hari ketiga ibu di wad, tiada harapan dapat balik awal bila ibu masih mengadu sakit di ulu hati. Kali ni katanya macam dijolok-jolok dan dikepal-kepal.
Pelawat jiran bagi buah anggur kayangan. Pertama kali Sk makan yang warna merah ni.
Makan malam hospital, macam selalu la ibu paksa makan, Sk jamah sikit. Ni memang jamah ya. Bukan tak sedap tapi tak ikhlas tukang masaknya ni, tengok pun tahu 😆.
Masa mula masuk, semua katil penuh. Bila ada kekosongan, ibu tak mahu pindah, lebih selesa katil tepi dinding ni.
Sk beli nasi goreng dari kantin asrama dua bungkus. Cik Ani makan sebungkus, Cikwa makan sebungkus. Cikwa ambil giliran jaga malam.
Esok pagi ambil Cikwa dari hospital.
Sk beli nasi lemak daun pisang.
Bawa makan di restoran mamak 😆.
Dah di restoran mamak, haruslah makan tosei. Sejak ibu masuk hospital, jadual makan Sk agak huru-hara sikit. Tu takpa, asyik ter-order minuman manis aje, haihhhhh!
Syafakillah ibu 🤲
ReplyDeleteKadang tu bila stress, makan minum semua jadi tak menentu kan... apapun semoga dipermudahkan segala urusan SK sekeluarga ye
Takpe la SK, minum manis pun. SK perlu tenaga untuk jaga mak. Semoga emak SK cepat-cepat sihat.
ReplyDeletemoga cepat sembuh ibu. kenapa dada ibu sakit? doktor kata apa. Allahu ..kesian tengok nasi ibu tu. ye , nampak tak ikhlas dari rupanya.huhu
ReplyDeletemoga di beri kesembuhan bt emak akak...
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan kepada ibu SK
ReplyDeletesmoga cpt sembuh ibu SK, bole cpt balik umh nanti
ReplyDelete