MAKAN DI GERAI MANJA CORNER RAMBAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


KECEWA tak dapat mengopi di Fumo Coffee Benut, kami meneruskan perjalanan pulang. Tapi, Pak Inche mengajak makan Mee Udang pulak di Gerai Manja Corner di Rambah.


Sampai dalam gerimis. Ramai orang la macam selalu.


Lapar, habis otak-otak sebakul (RM5/6's)


Pak Inche nak makan Mee Udang. Kalau di sini Mee Udang tu, Mee Bandung Udang la. Selain itu, terdapat juga dalam menu Mee Bandung Biasa, Daging dan Ayam. 


Udang 4 ekor, tak silap harganya dalam RM11 - RM12 sepinggan. Sedap sangat la rasa kuah mee bandung tu, memang betul-betul sedap tak tipu. Inilah rasa mee bandung yang sebenar.


Menyesal pulak makan Nasi Goreng. Kononnya tak nak sama. Sk pesan minta pedas tapi agaknya dia buat banyak-banyak terus bukan sepinggan-sepinggan (sebab dia hantar bawa terus satu dulang), maka memang tak ada rasa pedas la. Sama jugak udangnya 4 ekor tapi sekor tu cenonet sikit. Manja guna udang galah dalam masakannya. Selain dimasukkan ke dalam nasi, mee atau kuey teow, ada juga nasi lemak dengan lauk udang dan udang goreng.


Selain udang, ada juga nasi goreng daging dan ayam.


Tempat letak kereta luas berbanding dulu kadang terpaksa letak kereta di tepi jalan. Nampaknya baru tambak semula kawasan ni.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mee bandung udang!!!! teringinnya nk mkn yg ori di sanaaaa

    ReplyDelete
  2. Memanggil-manggil betul la Mee udang tu 😋

    ReplyDelete
  3. udang dia mengoda betul, sedapnya mee bandung udang kak, kene cari kt johor jugak sedap

    ReplyDelete
  4. SA suka udang macam ni..jenis kepala besau ni...sedap sedut kepala..hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!