Assalamualaikum WBT
SEJAK dua minggu lepas, dapat notis dalam peti surat. Notis Gangguan Bekalan Air Terancang, memang rancang betul-betul ya, sebab memang diberi kertas notis ni, bukan mengharap berita viral di media sosial semata. Memandangkan di rumah ada tangki, Sk tidaklah risau. Namun begitu, Sk tetap juga simpan air dalam bekas-bekas lain. Cuma masalahnya, air dari tangki cuma disambung ke bilik air belakang manakala air di bilik air master bedroom datang terus dari salur utama. Air pancuran bilik air belakang pulak agak perlahan selepas ditukar kerana pecah masa PKP lepas.
Malam tu, Pak Inche kata, memang tak cukup air untuk mandi esok pagi. Air tak ada 24 jam dari 8 pagi hari isnin hingga 9 pagi hari selasa. Dia ajak tidur hotel di pusat bandar yang pastinya tidak terjejas. Sebelum tu singgah makan dulu siap-siap.
Warong Abg Long dan Mek Cun di Taman Nusa Idaman. Asalnya nak makan di Al-Anisah tapi tutup, tu yang lajak ke sini.
Pak Inche tempah bilik di Grand Paragon Hotel berdekatan Taman Pelangi.
Check-in memang dah lewat la, tapi buatkan jugak Teh O Panas secawan untuk Pak Inche.
Room Only Package, RM200 satu malam. Bilik lengkap semuanya dengan seterika dan papan penggosok, dapatlah gosok kemeja Pak Inche sebab memang tak sedia apa-apa.
Dapat bilik Tingkat 15
Pemandangan waktu pagi dari Tingkat 15.
Ada deposit RM100 ya.
Ambillah gambar pintu bilik, bukan selalu dapat duduk hotel dalam bandar JB ðŸ¤
Check out pukul 7 pagi, terus pergi kerja.
Kalau SA pun akan buat yang sama gak..pergi check in mana- mana hotel yang tak terjejas..ada je mulut busuk akan cakap suka nak bazir duit..eh..keysah la kan..janji selesa
ReplyDeletemmg susah bila air takde nie...
ReplyDelete