SHOPPING DI GEROBOK DESSERT BY SIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

MINGGU ni agak sibuk dengan kerja-kerja hakiki. Tapi, tengahari tadi, sempatkan jugaklah keluar untuk lunch dengan ibu. Plannya nak tapau Tomyam Udang dengan Daging Harimau Menangis di Thamada Village, sekali.. tutup daaaa. Tak pasti sama ada Sk yang sampai awal sangat ke, tapi nampak ada staf kat dalam. Jam Sk pulak, dah habis bateri, malas nak tengok jam kat handphone.

Teringat kat depannnnn tu sikit ada kedai dessert. Dalam kepala Sk ni fikirkan 'Syurga Dessert' tapi bila sampai, nampak kedainya nama lain. Dulu, kedai ni kat bangunan atas, dah pindah bawah tukar owner kot, cakap sendiri dalam hati. Tu takpa, nasib baik masa bayar tak tanya macam ni, "ni dulu Syurga Dessert, kannnn?". Dah balik baru teringat, Syurga Dessert yang kat Kampung Pasir (sekarang kat Taman Damansara Aliff). Yang Sk pergi ni, Gerobok Dessert By Sis 😆😆.







Meriah oi.. dahlah tengah laparrrr. Macam-macam ada, segala mak nenek dessert sehinggalah makanan viral.


Dapat jugaklah Daging Harimau Menangis. Bukan daging rimau, tapi daging lembu 🤭. Alaa.. semua pun tahu Harimau Menangis tu, istilah aje.


Ramen Roll
Puding Mangga
Daging Harimau Menangis
Nasi Putih Daging Dendeng

Jumlah RM46


Macam biasalah.. makan tak banyak, tapi selera lebih baik dari sebelum ni. Pagi tu, ibu makan Lontong, makanan kegemaran dia terkini.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Yana kan Kak takut nak bawa kita tempat macam ni hahaha nanti Maknya kurang waras.. pernah sekali pergi Mencekik tu.. ajerr gile sebakul cecah rm100 hahahaha

    ReplyDelete
  2. ish ish masuk tempat gini memang rambang mata SK , mau nipis walet jadinya :)

    ReplyDelete
  3. Alamak...tauhu bergedil, apam..eh...banyaknya..ni kalau Sa mau sebakul borong ni..

    ReplyDelete
  4. Uish rambang mata tengok! Best ni :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!