MANGO CHEESE LELEH & MIX BISCOFF TARTLET

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

CIK MAT buka lagi tempahan kek melelehnya, dapat hari Ahad (kelmarin), janji Cik Mat. Jika sebelum ini, Cik Mat jual Kek Coklat Leleh, kemudian Choc Cheese Leleh, kali ini CM buat perisa Mango pula. Sk tempah sebiji, kemudian Yanti pulak buka tempahan Biscoff Tartlet, tempah jugak sebekas. Hari Ahad, kan ibu masuk wad, di hospital pagi tu dapat mesej dari Cik Mat, suruh ambil kek, dahhhh.. Sk terlupa betul, minta Naza tolong ambilkan dan simpan di peti sejuk pejabat. Begitu juga, Biscoff Tartlet, minta Yanti simpankan dalam peti sejuk pejabat dia (kami pejabat lain-lain).


Isnin laaaa.. pagi tu ambil tart dari Yanti kemudian simpan dulu di peti sejuk pejabat sama dengan kek CM, petang tu Sk bawa ke hospital. Lupa nak ambil gambar kek yang telah dikerat. Rupanya kek perisa coklat juga, sama dengan Choc Cheese Leleh yang Sk beli sebelum ni, tapi ada potongan mangga dan sos mangga sikit. Sk rasa, ia lebih serasi jik dimakan bersama kek perisa vanilla.. eh.. nanti nak bagitahu CM la, suruh buat perisa vanilla 😆.


Makan ramai-ramai di kafeteria hospital. Kafeteria Hospital Sultanah Aminah ni ada dua, sebuah dalam bangunan Poliklinik manakala sebuah lagi di blok belakang.


Cik Ani tak ada dalam gambar sebab tengah jaga ibu. Kemudian, Angah pulak ambil giliran jaga malam sampai esok pagi. Ada seorang pesakit kat sini, cerita, kakak awak rajin jalan-jalan tanya khabar dan tolong orang. Oh, kakak saya memang begitu, makcik 😆😆😆.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah meriah.. mcm piknik pulak dah di cafe hospital

    ReplyDelete
  2. Besar hati Ibu SK anak- anak semua berkumpul kat situ kan..gilir2 jaga ...SA ngan adik beradik macam tu la..tapi hospital Seremban tu takde tempat macam ni..cafeteria xde tempat lepak2

    ReplyDelete
  3. mango cheese leleh tu teliurrrr la...yummmyyyy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!