Assalamualaikum WBT
BACA Bahagian Pertama DI SINI
SEBELUM jam 3 petang, hampir semua peserta Program Citra Pesona telah berkumpul di lobi dan kami terus menuju ke padang yang akan digunakan untuk acara Telematch. Sk tak ambil gambar sepanjang perjalanan ke padang tu yang boleh tahan jauh juga untuk kami yang kebanyakannya sudah remaja purba 🤣.
Di sini ada dewan terbuka dan padang berumput. Sebelum tu, kenalah panaskan badan dulu. Dari awal kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan Sk merupakan Kumpulan Dua. Acara pertama ialah acara melastik dan berhenti untuk solat asar kemudian bersambung dengan acara Galah Panjang atau masa budak-budak dulu ada yang panggil Belon Aca. Baru pusingan pertama, hujan pun turun selebatnya ðŸ¤.
Jadi, patah balik ke dewan terbuka, acara Cacing dan Burung, aaa.. tataw apa nama permainan ni. Untuk acara Belon Aca dan Cacing ni, kami bermain berasingan lelaki dan perempuan. Biasalah, bila sukaneka melibatkan remaja purba ni, memang ramailah yang mengelat. Jurinya pulak tidak konsisten. Dahlah, dialah juri, dialah pengacara, dialah tukang kira cacing 😆. Tu takpa, perancangan masa dan permainan pun tak betul. Game dah nak mula, masa tu la sibuk nak buat persiapan. Acara telematch ni memang diserah terus ke pihak resort, sepatutnya lebih terancang la kan.. hurmmm.
Lepas telematch, terus balik bilik, mandi dan bersiap untuk program malam. Fidah mengadu lapar, Sk pun lapar jugak. Terus turun bawah tapau Roti Bakar Kayu Arang 3 set dan terliur pulak nampak isteri bos tengah makan jemput-jemput sambal bilis, Sk tapau satu set.
Jemput-jemput tu, kita pesan baru mereka goreng.
Roti dibakar menggunakan arang. Bukan tetamu hotel pun boleh jer datang mengopi kat sini tau. Luas kopitiam ni.
Kami berdua ni kalau berganding bab makan memang menjadik kan 🤣. Tapi, tak ambil gambar makanan sebab nak cepat kejar program Solat Jemaah, Yassinan dan Tahlil.
Dalam pada tu, ada jugak yang sempat terjun kolam dan main slide. Ah, jealous betul tengok orang lelaki ni lah! Hahahaha.
Imam, Ustaz Farhan Ashari. Baju merah, dua dari kiri, GM kami. Lepas tu bergegas pulak untuk acara makan malam. Memang pack sungguh laaaa... Ni kalau team building, lagi haruuu. Tolonglah jangan hantar Sk pergi Team Building tahun depan 🤣.
Penat dah.. Bersambung Part 3 laaa ðŸ¤
br nk tgk gmbr roti bakar arang..tk sempat snap gmbr ye
ReplyDeleteFamily day kitorg hari tu, Bab game bagi anak² muda handle. Pantas la depa siapkan segala keperluannya...
ReplyDeleteRoti bakar tu mesti aromanya pun best kan, sbb guna arang
Kak, team bulding ni program dia dah macam program ikut Tourism kannn, senakkk perut dan tenaga hahahaha
ReplyDeleteSAa suka team building yang banyak aktiviti sukan..x suka yang banyak discussion dalam kelas
ReplyDelete