MAKAN DI RESTORAN JACK SPARROW MUSLIM CHINESE FOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

BERSIARAN dari bumi Hang Tuah...


Tak tahu sejak bila Jack Sparrow pindah Melaka 🤭

Sk tanya Pak Inche, memang babah dah aim nak makan kat sini dari kat Johor ke?

Nasib baik jawapannya tak 😆


Menu dia macam Adam's Kitchen, Budak Siew Mai dan Al-Anisah. Ada menu lauk yang datang bersama nasi putih macam di Uncle Wong, Ipoh. Ada juga menu ala carte. Kami pilih ala carte.


Ambil Sizzling Tofu (RM14) kegemaran Pak Inche. Makan dengan cili padi potong supaya ada aroma pedas.


Siakap Tiga Rasa (RM30). Terkejut pada mulanya tengok rupa sos tiga rasa macam masak kicap pun ada tapi ternyata ia sebuah masakan yang unik. Sos tiga rasa tu betullah, ada rasa masam, manis dan pedas dan sedikit menyamai rasa sos stim nyonya.


Biasa jumpa Kangkung Belacan yang ni Baby Kailan Sambal Belacan. Ianya tidak mengecewakan.


Pesan tiga lauk saja kali ni. Asyik makan tempat yang sama aje setiap kali datang Melaka, kali ni kita ubah selera. 


Harga sangat berpatutan, ikan sebesar tu baru RM30.


Jack Sparrow Muslim Chinese Food
No 12, Jalan TMS8A
Taman Tanjung Minyak, Melaka

Guna waze lebih mudah dan pasti sampai 🤗

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang lain beno kak ruoa masak 3 rasa tu, tapi jangan pandang rupa, janji ada raso, ye dakkk

    ReplyDelete
  2. menjak2 x duduk melaka nie..x taw ad kedai baru..hihihi...tg myk tu dekat je ngan rumah Linda masa kt melaka

    ReplyDelete
  3. beso juga ikannya..tp masakan 3 rasa tk nmpk mcm kebiasaan

    ReplyDelete
  4. Besar erk ikannya..nanti boleh la ajak Dania pi sini..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!