RESTORAN PAKISTAN BARU BUKA BELAKANG RUMAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

ADA Restoran Pakistan baharu buka belakang rumah. Bukanlah belakang rumah sangat, lat tiga lorong la macam tu. Kalau jalan kaki semput jugak sebab sebelum ni di situ merupakan Restoran Tomyam Subaidah. Pernah sekali jalan kaki pergi Restoran Subaidah, tobat! Hahahahah.

Zaman remaja dulu, boleh jer jalan kaki 5 kilometer pun. Masa sekolah menengah, mampu aje jalan kaki dari rumah dan ke sekolah, siap mendaki bukit lagi sebab sekolah terletak atas bukit. Baliknya turun bukit pulak sampailah ke Batu 5 (kini B5 Street Market), sampailah ke rumah yang terletak di Kampung Sri Jaya. Masa di kolej, mampu jalan kaki dari Jalan Tun Razak sampai Plaza Kotaraya, rilek aje. Cuba sekarang??? Iman pun tak boleh buat agaknya 🤭.

Eh.. nak cerita pasal Restoran Pakistan tu laaa..

Khabarnya, sedap sangat hidangannya.. Nasi Pulou Ayam dan Nasi Beriani Pakistan, Naan dan Kebab serta capati.


Pesan dua set Capati dan Kimah Daging. Capati sedap tapi kimah atau keema dia agak berminyak dan tak cukup banyak untuk dua keping capati. Sk cuba jugak Chai atau Teh Pakistan, okey la.. tak manis dan tak pekat jugak rasa tehnya. Macam rasa teh susu aje.

Kesimpulannya?

Mengecewakan sikit tapi mungkin tak serik 🤭 sebab belum rasa menu-menu lain 🤣

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhh... senanglah nak makan situ nanti dekat dengan rumah...

    ReplyDelete
  2. Wah blakang rumah je ha...senang je la nanti kalau x tau nak makan apa skodeng je kat situ

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!