JAMAH KONONNNN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


PASCA Pandemik Covid 19, dah tak boleh ramai-ramai melawat pesakit. Setiap masa terhad kepada dua orang sahaja. Jadi, sementara tunggu giliran melawat, kita duduklah depan tangga ni sebab Sk dah terlanjur naik ke aras wad, kemudian sepupu Sk datang, jadi, kita keluar dulu la. 😆

Taip ☝️ni, semalam, tapi tak habis 🤭


Hari pertama dimasukkan wad, inilah perbezaan pelawat ibu dengan pelawat pesakit lain. Di sebelah petang, ramai sepupu melawat ibu. Selama hidup, ini kali kedua ibu dimasukkan ke wad. Kali pertama tahun 1979 akibat keguguran dan ini kali kedua sampai doktor pun tak percaya (cerita dari Angah). Kami empat beradik semua diberanakkan di rumah termasuklah adik bongsu Sk yang dilahirkan dalam tahun 1983. Kawan sebaya Sk pun ramai jer yang dilahirkan di hospital, tahun 1975.


Hari ahad, makan tengahari di Medan Selera Kg Muhammad Amin dengan Angah, Ilham dan Indah.


Dah tahu tak boleh makan, makan jugak kupang. 


Mak Enon (adik ibu) dan Kak Imoi (sepupu). Malam tu, Cikwa jaga ibu di wad. 


Pagi hari kedua di wad.


Cikwa balik, Angah take over sampai esok pagi. 


Sarapan dulu Soto Nasi di kafeteria, kemudian Cikwa hantar Sk ke pejabat dan dia balik berehat di rumah Cik Ani. 


Tengahari, Iman ambil Sk di pejabat, kemudian ambil Pak Inche, lepas tu pergi tengok ibu bergilir-gilir, tak boleh serentak.


Sebelum hantar Pak Inche balik ke pejabat, makan tengahari dulu di tempat semalam jugak sebab tu yang terdekat dengan hospital serta banyak pilihan lauknya. Sk pernah kongsi ceritanya DI SINI.

Sebenarnya, masa ni, kami tiga beranak pun macam dah lama tak makan sama. Pak Inche sibuk dengan Program Jom Heboh dan Iman pun sibuk di kampus. Jadi, panjanglah boraknya sambil makan tu.


Petang, singgah lagi ke hospital. Ibu paksa suruh makan makanan dia, selagi kau tak makan selagi tu dia berbunyi. Sk kata, boleh jamah jer..


Jamah konon....

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jamahlah tu namanya
    Jamah sampai habis

    ReplyDelete
  2. semoga ibu SK di berikanNya kesembuhan segera, aamiin... betul pelawat sekarang berdua sahaja di benarkan dalam satu masa ..

    ReplyDelete
  3. semoga ibu SK cepat sembuh....sedap tu...

    ReplyDelete
  4. Hahahahah, jamah sedikit2 kak, tak terasa memang habis 😄..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!