KELUARGA TOK MIN FAMILY DAY PART 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

SEBELUM lebih banyak ingatan hilang, marilah Sk tepek sini memori Keluarga Tok Min Family Day yang diadakan buat julung-julung kalinya. Part 1 hari tu cerita berterabur 🤣 yang Part 2 ni kita cerita lebih skema. Mintak-mintak tak ada Part 3 la ya.


Ni masa baru sampai, kita ambil gambar la depan pool yang masih suci 🤭. Ops, dalam Bahagian 2 ni, ada satu rahsia yang belum pernah Sk ceritakan di mana-mana ya.. baca sampai habis, jangan skip kalau nak tahu laaa 🤣


Inilah lodge yang kami inap. Kami menyewa keseluruhan homestay iaitu Main Lodge yang mempunyai 2 bilik dan 6 buah lodge lain yang berasingan. Setiap bilik ada sebuah katil saiz permaisuri, sebuah katil bujang dan sebuah sofa single/ sofa bed. Setiap keluarga dapat sebuah bilik dan bayar bilik masing-masing la. Setiap lodge boleh memuatkan 4 orang tapi kalau ikut saiz lodge tu besar jugak ya, dalam 15' x 15' kot. Boleh kot  bentang toto dan tidur ramai-ramai tapi bagi menjaga ketenteraman penghuni lain janganlah buat macam tu ya. Macam kami ni memang semuanya sekeluarga 😆.


Bagi memastikan program berjalan lancar, kami telah melantik ahli jawatankuasa bagi makanan, minuman, sukaneka dan penginapan. Justeru, adalah bendaharinya yang mana Azreen dilantik sebagai bendahari. Azreen merupakan anak menantu saudara, isteri Nabil (anak Abang Pet). Boleh baca Kisah Majlis Perkahwinan Nabil dan Azreen DI SINI. 

Gambar tu, Laksa Penang bukan, Laksa Johor pun bukan tapi shedappp.. Kak Roz masak masa hari pertama. Dia guna spaghetti ala-ala LJ. Kak Roz dah sampai dari hari Jumaat.



Kak Roz memang handal di dapur! Sk lupa nak snap pic lauk yang Kak Roz masak hari pertama ni. Antaranya Kari Ikan Mayong, Ikan Goreng, Ayam Masak Merah, Taugeh Goreng dan Laksa. Terror!!


Bersebelahan homestay ada ruang parkir yang luas.


Lodge 1 dan Lodge 2 antara lodge yang mula-mula dibina di homestay. Lodge ini mempunyai sebuah katil queen, sebuah katil bujang dan sebuah sofa bed. Cantik tau rekaan dalaman dia, klasik.


Petang tu, AJK BBQ sedia menjalankan tugas. Tugas menyediakan bahan mentah BBQ diserahkan kepada keluarga Abang Akian (Kak Ila) manakala tugas membakar diserahkan kepada Arfan dan Haikal (anak menakan).


Sk dilantik sebagai AJK Minuman. Antara menunya Teh Tarik, Teh O Panas, Kopi O Panas dan Kordial Sunquick. Tugas bancuh kordial diserahkan kepada Iman.


Ada peraduan Teka Kacang. Sk anggarkan ada 300 biji. Satu baris tu anggaran 20 biji dan ada 15 baris lebih kurang.


Hadiah wang tunai RM200 ya. Ni sponsor by Kak Maznah dan Na'e. Dalam tu ada jajan-jajan, jadi Sk fikir tolaklah ruang untuk jajan-jajan tu anggaran 15 biji, Sk buat tekaan 285 biji 😆.


Acara mengira kacang 😆 dan jawapannya...


301 biji oiiiiii!!!

Aaaaaaa... Kenapa Sk tolak 15 biji 😭😭😭

Zariz teka 305.. Zariz menang. Rezeki dia la, hadiah bertunang 14 Oktober lepas.


Acara hari pertama.. Solat Maghrib berjemaah, Tahlil dan Doa Selamat serta Solat Isya' berjemaah diikuti acara makan. Boleh tengok gambar di Part 1. Lepas siap kemas, memasing terjun kolam berendam sampai hampir tengah malam, malam masih muda katanya 😆. 


Nasi Lemak, sarapan hari kedua di homestay. Sk bawa 20 biji telur pindang dari Johor. Biras-biras yang pempuan rupanya tak pandai sangat makan telur pindang, Abang Akian yang suka. Anak-anak menakan semua belasah aje janji telur 🤣.


Pukul 10.30 macam tu ada acara sukaneka 😆. AJK Sukaneka diketuai oleh Lisya dan dibantu oleh Kakcik Balqis dan Iman.


Acara Kanak-Kanak, cari gula-gula dalam tepung. Ada 4 kanak-kanak jer (cicit Tok Min), Maya, Zara, Iky dan Rayyan, tapi Maya dan Iky jer yang join sukaneka 🤭. Satu lagi acara kanak-kanak, bawa bola pingpong dalam sudu. Yang ni joinkan dengan bapak budak sekali 😆 sebab tak cukup korum.


Baru satu acara, motor ais krim datang. Nabil buka pagar bagi masuk. Siapa yang belanja ais krim ek, Nabil kot. Oh, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan cara cabutan nombor. Sk dan Pak Inche kumpulan 2.


Acara dewasa pulak. Yang ni ada dua acara iaitu acara padang dan kolam.

Acara Padang :

1. Campak bola pingpong dalam papan telur.

2. Teka-teki - Bahasa Isyarat



Acara Kolam :

1. Tressure Hunt - Cari barang dalam kolam

2. Isi air dalam botol


Iman dan Lisya kata, next family day biar budak laki pulak jadi AJK Sukaneka.. penat!


Pak Inche dan anak-anak menakan.


Makan tengahari pulak. Baru perasan lupa nak bakar mentarang masa BBQ, Kak Roz masak sambal. Seafood ni semua Kak Roz bawa dari Kuantan.


Petang, terjun kolam lagi budak-budak ni sampai naik hijau air tu 🤭. Sk sambung makan rojak pulak.


Malam.. Pak Inche bakar sate dengan anak-anak menakan. Sate sponsor oleh Nabil, Azreen dan Arfan.


Mak-mak dan bapak-bapak membawang di luar.


Arfan bakar sate dan habiskan bakar ayam bbq.


Anak cucu main monopoly.


Pagi tu, Sk dan Pak Inche pergi ambil Roti Canai yang kami tempah dari Roti Canai Anak Kampung berhampiran homestay (mengadap jalan besar). Kami nak beli semalamnya tapi lambat siap dia kata, jadi, kita tempah siap-siap untuk esoknya. Abang tu siap letak dalam termos ya, biar panas masa makan dia kata. Baik betul laaa. Lepas check out, kami pulangkan termos tu. Kami pulak, makan siap-siap kat kedai, hihi.


Sampai homestay tengok Kak Roz tengah goreng mee.



Kak Ila goreng karipap pusing frozen. Sk terus bancuh teh o dan kopi o untuk sarapan dorang.


Ambilkan roti canai untuk Iman, hantar ke bilik. Anak bertuah kannnn.


Pukul 10, acara penyampaian hadiah. Ni hadiah sukaneka.. kumpulan 2 dapat nombor 1, yay!!!


Ahli cilik Kumpulan 2.. kemahen banyak ya dapat hadiah.


AJK Sukaneka menang hadiah bertuah jugak.


Siapa-siapa nak menginap di General Lodge bolehlah hubungi Alia 01112582600


Anak-anak dan menantu-menantu Tok Min. Kenapa Tok Min aje? Agaknya sebab Tok Wan dah lama meninggal dan kebanyakan menantu memang tak sempat cium tangan pak mentua, lalu nama Tok Min jer yang terpahat dan familiar dalam keluarga. Ni Na'e jer tak ada dalam gambar sebab ada urusan.


Sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing, Iman bergambar dengan abang dan kakak ipar... Jeng jeng jeng!!


Ini Saiful, anak sulung Pak Inche, menantu sulung (Efa) dan cucu sulung (Iky). Hah, terkojut ke tu? Hahaha. Sk bukan pelakor ya, masa jumpa Pak Inche dulu, dah dua tahun menduda anak dua. Anak kedua, perempuan, tak dapat datang sebab tinggal kat New Zealand luar negara.

Okey, bye 😜

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. meriahnya dapat buat family day gitu...

    ReplyDelete
  2. Ooo ye ke Kak (habis baca sampai bawah) .. dah ada cucu rupanya .. btw Kak, kita dah save no tu, mmg plan nak menginap sini bt family day sebelah Laki nnti .. tp bior derang urus, Lin hanya bagi no hahahahahah

    ReplyDelete
  3. Meriahnya macam aktiviti .. Yang tukang masak pun hebat2 masak mcm dah kenduri kendara :D
    Kacang tu nak agak2 memang susah la kan nasib la siapa yg teka hampir hampir betul tu hahahaa..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. meriah dan mengeratkan persaudaraan

    ReplyDelete
  5. Bestttttt!
    Lagi seronok bila anak² menakan dah besar², boleh dikerah tenaganya haha... Tak sabar tunggu anak¹¹ fruit kami besaq 😂

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnya kak happening sungguh

    ReplyDelete
  7. Saya baru sadar juga, kenapa air pool itu dari biru awalnya, kamar2 jadi hijau , 😂??

    Seruuu sangaaat kak 😍. Meriaaah. Bagus pula ketemu lodge cukup utk semua keluarga yaa. Jadi bisa stay dekat.lengkap pula sampai ada pool dan tempat BBQ.

    Paling suka kalo bisa kumpul ramai ini, dan ada beberapa orang yg jago masak. Jadi makanan terjamin 😄.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!