MAKAN DI BLACK CANYON AEON TEBRAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BALIK rumah semalam, Iman cakap macam ni, ayat lebih kuranglah..

"Bonda, bonda ingat tak Alif Teega yang kita jumpa masa Pesta Buku kat AEON Tebrau tu?

"Oh, yang novelis tu?" Sk memang ingat. Mana boleh lupa novelis yang kacak putih melepak yang mempromosikan novelnya. Lagi tak boleh lupa, Sk tak kenal dia, jadi rasa serba salah di situ. Lama Sk bandingkan gambar model di kulit novel dengan dia di depan Sk. Nak tanya segan... Sk tunjuk muka model tu.. "ni.... awak ke?" Dia mengangguk-angguk. Aaaa.. maaflah saya tak kenal. Maklumlah saya baca novel thriller dan seram aje, tak baca novel cintan-cintun 🤣.

Kemudian, Sk tahulah, novel-novel beliau kebanyakan adalah kolaborasi bersama isterinya. Di samping tu, mereka juga mempromosikan tudung. Cuma masa tu, isterinya tak ada bersama-sama di situ.

"Hah, kenapa dengan dia?" Sk tanya Iman.

"Dia kahwin lainnnnn bonda..."

Wowwww!!! Macam tak percaya, nampak setia rupanya dusta 🤭. Lepas tu Iman bebel-bebel tak puas hati kenapa Alif kahwin lagi 😆.


Aaaa.. kebetulan, blog kali ni pun kisah ke AEON Tebrau juga. Iman tuntut janji babah nak belikan blouse baharu untuk pakai ke kuliah. Sebelum tu singgah makan dulu di Restoran Black Canyon. Semua sepakat ambil menu set empat lauk ni (RM69). Dari kiri, Chicken Tomyam, Stir Fried Chicken, Prawn & Egg, Sayur Chap Chai dan Chicken Krapraw. Sk belasah aje ni tulis nama menu, tak ingat ejaan yang sebenar 😆.


Set menu ini termasuklah empat mangkuk nasi putih. Black Canyon ni adik-beradik dengan Johnny's Restaurant, kan. Kebanyakan menunya sama tapi ada juga menu berbeza. Contohnya di RBC ada menu western tiada steamboat manakala di RJ pulak ada menu steamboat tetapi tiada menu western. Maaflah jika Sk silap. Jimat jugaklah ambil set menu ni, tapi tiada minuman dalam set macam jika kita makan di The Chicken Rice Shop, yang ada free flow drinks. Gedebak gedebuk, campur Ice Coffe dan Watermelon Juice serta dua gelas plain water, kena RM82+ macam tu. Resit hilang tataw campak mana 🤭.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka menu clear sup di BC ayam krapraw tu pun favorite Mrs.A

    ReplyDelete
  2. SA pun suka makan kat balck canyon tapi satu je masalah bila update kat blog terus ramai datang komen kata x halal la apa la..kadang menyirap je..tapi balck canyon yang SA pi kat Palm Mall Seremban ada je sijil halal terpampang..x tiap kali nak makan nak letak gambar sijil halal plak kan...

    ReplyDelete
  3. tomyam tu sedap juga...dlu2 mkn kt sini nasi die hidang bentuk love or 4 segi...skarang hidang biasa je.....hah alif teega tgh hot ...nyampah tgk sbb acah2 alim tp curang adoi

    ReplyDelete
  4. tak pernah kenal mamat ni dah isteri pertamanya. kenal lepas kecoh hal nikah lain ni. Lempang laju2 mamat ni karang baru tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!