KAMBING PANGGANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

HARI tu Pak Inche beli kambing perap dari pasaraya. Agaknya, risau tak cukup, masa pergi Aeon Tebrau semalam, dibelinya lagi sekeping besar, juga siap perap. Maklumlah, kami ni semua hantu kambing, kenalah beli lebih sikit supaya puas makan. Pukul 4 semalam, Sk minta Iman keluarkan kambing untuk dinyahbeku. Tapi, Pak Inche-nya pulak, lambat balik semalam sebab ada program di KSL Mall tu. Rupanya, bersambung dengan makan malam pulak di Restoran Nelayan Jalan Abdullah Tahir. Jadi, Sk dan Iman jer la dinner kambing berdua di rumah.


Iman cadangkan buat Kentang Panggang macam selalu jumpa kalau breakfast kat hotel tu. Alaa.. mana sempat, kambingnya dah atas kuali. Tapi, kita sempatkan jugaklah.. cuci kentang tiga biji, campak dalam periuk noxxa, kemudian set HP 7. Bila dah selesai, keluarkan dari periuk dan potong lapan. Kemudian, panaskan pan, masukkan butter, goreng kentang tadi, tabur paprika dan sedikit garam.. belasah aje. Sedap jugak.. sampai Iman tanya, bonda tengok resepi ke? 😋 Tapi, lain kali kena set HP 8 atau 9 kot, bagi lagi empuk kentangnya. Kadang, ikut jenis kentang jugak, kan. Sk ni bukannya kenal jenis-jenis kentang. Asal nampak molek, beli aje la 😆.


Kambing dua keping seorang. Salad tu cuma letak daun salad dan tomato potong dadu jer, Iman tolong pancitkan mayonis dan thousand island. Mayonis tu dah masuk siap dalam piping bag tapi halus no dipotong hujungnya dek Iman, tu yang menggigil keluarnya 🤭. Tu takpa, beriya beli lemon nak perah jus kat mayonis tu tapi lupa pulak 🤣. Sos kambing pun ngelat guna demi glace tapi macam termasin sikit.. sikit ajeeeeee.


Pak Inche balik, ngadu tak kenyang makan kat Restoran Nelayan tu. Dapat makan sikit aje 🤭 katanya. Aaaa.. dapur dah tutup, dah kemas, kata Sk. Kita ni tengah sedap jadi tapak sulaiman. Jap lagi, dengar bunyi kuali. Tak lama ada bau kambing bakar 🤣. Datang dapur tengok Pak Inche tengah masak kambing sendiri. Nasib baik kentang tu Sk tinggalkan sikit tapi lupa nak potongkan tomato. Yang penting, Pak Inche punya ada telurrrrrr 🐣🐣🐣. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. feveret ni...baru habis stok kambing, beli 3 keping..buat bakar jg..

    ReplyDelete
  2. Heheee... lawalah pulak kambing PI tu.

    ReplyDelete
  3. fav kambing panggang especially part lelemak...mmg rare ada telur tu hehe

    ReplyDelete
  4. Jadi ingin pesan lamb chop pulaaa 😍😍😄. Nampak juicy sangat kambing tuh kak 👍🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!